Salah satu cara untuk mempelajari sesuatu tanpa ke sekolah ialah mengembara. Dengan mengembara, kita belajar tentang sejarah, tamadun dan keunikan sesebuah negara dilawati.
Saya suka mengembara. Sama ada kerana tugasan atau percutian secara peribadi, saya guna dan manfaatkan sepenuhnya masa mengembara itu untuk menggali rahsia sejarah dan ketamadunan lokasi disinggahi.
Saya tertarik dengan Indonesia. Mungkin kerana membesar dengan pembacaan dan karya Hamka, novel Tenggelamnya Kapal Van de Wijack dan Di Bawah Lindungan Kaabah, rasa kagum dengan pemikiran Hamka itu melebar kepada kehendak mahu mengenali Indonesia.
Saya memilih Jakarta jika ke Indonesia. Benar, kotanya padat, sesuai namanya metropolitan. Tetapi Jakarta, dahulunya dikenali juga Batavia, ada ciri-ciri menarik lagi tersendiri, selain jolokan kota sesak semata-mata. Kerana saya gemar makan - semasa mengembara juga perlu isi perut, Jakarta bukan masalah.
Komunikasi juga senang di Jakarta, rata-rata penduduknya berbahasa Melayu Nusantara. Kecuali masalah makan dan bahasa, mengembara di mana-mana negara tentu akan menjadi seronok dan itulah keistimewaan Jakarta.
Saya bukan memberikan keutamaan kepada aktiviti membeli-belah jika berkesempatan mengembara.
Namun saudara mara terdekat saya, sebaliknya. Cerita kembara yang dibawa pulang lazimnya perilal tekstil-tekstil murah dari Pasar Tanah Abang dan barangan itu didagangkan kemudiannya dikembangkan jadi bisnes kecil-kecilan untuk mendapatkan wang tambahan. Nah, satu lagi keistimewaan Jakarta, kerana itu saya gemar kepada Jakarta.
Disebabkan dekat dan akrab dengan Jakarta, laporan-laporan tentang banjir di kota metropolitan itu cukup mengganggu saya. Mujurnya, beberapa kali lawatan ke Jakarta, saya tidak pernah alami musibah banjir.
Paling mengganggu ialah analisis-analisis yang mengaitkan masalah banjir Jakarta dengan kerancakan perbandaran untuk kemodenannya.
Sejak awal 20-an, Jakarta tidak boleh menahan daripada arus deras kemodenan. Ia tidak berdaya menepis godaan kemodenan pasca krisis kewangan 1990-an apabila membenarkan banyak perumahan baru tumbuh.
Seiring dengannya, ia memanggil tenaga manusia untuk mengisi perubahan itu, jika tidak, kemodenan tidak akan mengambil tempat. Apabila adanya aktiviti manusia dalam perubahan tersebut, maka akan terjadi kerancakan ekonomi umpama kelip-kelip dan cahaya lampu.
Namun geografinya Jakarta, duduk letak hubungannya ialah ia dilingkungi air. Terdapat 13 sungai merentasi Jakarta. 40 peratus penempatan sekarang letaknya di bawah paras air. Bukan tiada usaha mengatasi masalah, cuma aktiviti manusia - menyumbat sampah ke sungai menjadikan sumber kehidupan itu seolah-olah tandas terbuka. Kesannya, air tidak mengalir sebaik mungkin lalu apabila hujan, air bergenang dan banjir berlaku.
Jakarta ada sungai seperti itu, Sungai Ciliwung, panjangnya 120 kilometer menghubungkan Bogor ke Depok, Jawa Barat. Apabila banjir di Jakarta berlaku, sungai ini turut jadi bahan berita, sama seperti korban akibat musibah itu sendiri. Sistem pengairan yang tidak sempurna, ditambah pembinaan bangunan-bangunan baru secara tidak terkawal, Jakarta terus terdedah untuk tenggelam, bersama-sama harga kemodenannya.
Saya cukup terpesona dengan sungai. Sejarahnya sungai, ia lambang ketamadunan manusia. Mesopotamia sebagai contoh, tamadunnya bermula di Lembah Tigris dan Euphrates (Iraq sekarang). Begitu juga China, Sungai Kuning simbol kekayaan republik itu suatu ketika dahulu. Sungai Ciliwung di Jakarta juga pernah menjadi lambang tamadun. Orang Belanda memanggilnya Ratu Timur. Ramai pedagang menggunakan sungai tersebut untuk datang berjual beli rempah, sekali gus menukarkan wajahnya kepada imej ekonomi.
Ada cadangan mengusulkan supaya Sungai Ciliwung diberi sentuhan transformasi seperti Sungai Cheoggyecheon di Seoul, Korea Selatan.
Suatu ketika, sungai ini juga lambang tamadun Korea tetapi alami pencemaran kerana lebih pentingkan kemodenan. Bergerak atas kepercayaan sungai itu sama penting dengan kenderaan, kini ia antara lokasi kemestian apabila berada di Seoul hasil transformasi besar-besaran oleh pemerintahnya.
Kalau ia berjaya di Seoul, kenapa tidak di Jakarta? Jika bernasib baik, boleh saya ke Jakarta lagi, dan membawa bersama-sama kekaguman secara pakej - mengembara sambil melayari sejarah, melayan kehendak makan di hadapan pesona indah aliran sungai.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Feb 04 2013
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.