Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan kerajaan negeri Selangor berhak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa yang ia rasakan sesuai.
Namun, ia tidak berhak menentukan tarikh pilihan raya, kerana perkara itu terletak dalam bidang kuasa SPR.
Menurut Abdul Aziz, berdasarkan undang-undang, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim boleh menasihatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung tarikh pembubaran DUN.
"Tetapi mereka perlu ingat, tarikh pilihan raya masih perlu ditentukan oleh SPR," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan portal PRU-13 di pejabat SPR di Putrajaya.
Abdul Aziz mengulas laporan yang menyebut Khalid mahu membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Mei, sekiranya tiada tanda-tanda Parlimen akan dibubarkan awal sebelum mandatnya berakhir.
Sementara itu Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata parti itu sentiasa bersiap sedia andainya Khalid benar-benar ingin membubarkan DUN selepas Chap Goh Meh.
“Jika dia bubar kami akan kerahkan jentera pilihan raya sepenuhnya,” kata beliau ketika dihubungi Astro Awani.
Bagaimanapun kata Mohd Zin yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, kata-kata Khalid kali ini harus lah dibuktikan dengan tindakan dan bukan untuk bermain politik semata-mata.
“Kalau mereka anggap ini kejutan, saya fikir tiada apa yang hendak dikejutkan,” katanya lagi.
Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mencadangkan pembubaran DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina sekiranya kerajaan Pusat masih belum memberi petanda untuk membubarkan Parlimen.
Khalid Ibrahim dalam satu sidang media berkata, pembubaran tersebut akan tetap dibuat meskipun kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman.
Dalam pada itu, Abdul Aziz juga mengesahkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak dijemput menjadi badan pemerhati bebas untuk pilihan raya kali ini.
Sehingga kini, 16 organisasi disahkan sebagai pemerhati bersama pemerhati antarabangsa yang majoritinya dari negara Asean.
Abdul Aziz juga menjelaskan pihaknya sudah bersedia sepenuhnya mengendalikan PRU ke-13 termasuk penyediaan dakwat kekal yang akan diguna pertama kali.
SPR juga memperuntukkan RM400 juta untuk PRU kali ini, berbanding RM250 juta pada PRU ke-12.
Kenaikan kos itu menurut beliau, disebabkan beberapa faktor seperti proses pengundian, logistik, bilangan petugas yang semakin bertambah, serta kenaikan elaun.
Astro Awani
Wed Jan 30 2013
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.