Kutipan hasil kerajaan negeri Selangor adalah sebanyak RM1.214 bilion sehingga 7 Jun tahun ini berbanding 1.067 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, selain itu, Selangor turut mencatatkan aliran pelaburan tempatan dan luar negeri berjumlah RM18.947 bilion pada tahun 2018 berbanding 5.592 bilion pada tahun sebelumnya.
"Peningkatan jumlah pelaburan sebanyak 238 peratus itu adalah yang tertinggi dalam sejarah negeri serta peningkatan hasil negeri sebanyak 13.79 peratus menunjukkan negeri ini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Belanjawan 2019," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Selangor di Bulatan Bazarena Seksyen 13, di sini, pada Sabtu.
Turut berkenan berangkat hadir pada program tersebut ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Mengiringi Sultan Selangor ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan exco kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat dibela dan dijadikan keutamaan seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Selangor.
"Sesungguhnya pentadbiran ini amat menginsafi mandat yang diberikan rakyat pada 9 Mei 2018.
"Adalah menjadi tanggungjawab buat kita untuk menterjemahkan mandat tersebut kepada sistem politik berasaskan nilai, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata pihaknya akan mengekang amalan politik fitnah serta adu domba yang dilihat boleh menjejaskan muafakat dan keharmonian di negeri ini.
Beliau berkata, langkah itu adalah perlu bagi memenuhi matlamat Selangor menuju negeri pintar dengan memastikan rakyat mengamalkan sikap murni.
"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor sudah mengeluarkan titah pada 29 Mei 2019 lalu supaya orang Melayu menjauhi sifat negatif.
"DYMM mengingatkan rakyat Selangor terutamanya orang Melayu bahawa gejala fitnah memfitnah serta perasaan hasad dengki, pengkhianatan dan perasaan benci yang dipamerkan, seolah-olah dijadikan satu budaya dalam kalangan orang Melayu," katanya.
Terdahulu kira-kira 50,000 rakyat Selangor menghadiri rumah terbuka itu dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan termasuk Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Hael Husaini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2019
Amirudin berkata, kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat dibela dan dijadikan keutamaan. - Foto Bernama
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar koleh vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Azizan dilantik Pengerusi baharu LTAT, Mohammad Ashraf sebagai Ketua Eksekutif baharu
Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan pelantikan Jeneral (B) Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Pengerusi baharu dan Mohammad Ashraf Md Radzi sebagai Ketua Eksekutif.
Dua warga emas maut, kereta terbabas bertembung lori ikan
Perjalanan tiga sahabat untuk belajar agama di sebuah Pusat Pengajian Pondok bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
PJMR 2024 dijangka catat RM1.6 juta nilai jualan - Ewon
Program itu menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus.
'Alamak Raya Lagi' satu lagu yang bagus, harap peminat sokong De Fam - Aina Abdul
Dalam kegembiraan mendengar karya artis tempatan timbul pula isu lagu nyanyian De Fam itu seperti tidak bersyukur dengan hari perayaan Aidilfitri.
KKR, LLM laksana persediaan tangani kesesakan trafik di lebuh raya menjelang Aidilfitri
Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar "mudik" naik kapal perang
Perantau di ibu kota Jakarta berpeluang 'mudik' atau balik kampung di wilayah Pulau Jawa sempena Aidilfitri tahun ini menaiki kapal perang secara percuma.
Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.
Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api
Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.
Aidilfitri: Bantuan subsidi penerbangan dilanjutkan kepada 4 hari
Bantuan subsidi musim perayaan dilanjutkan bagi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan dari tiga hari kepada empat hari sebelum sambutan Aidilfitri.