PUTRAJAYA: Selangor mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi dengan 748 kes pada minggu epidemiologi (ME) ke-39 iaitu dari 25 September hingga 1 Oktober, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia diikuti Sabah dengan 173 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya (163), Johor (131), Negeri Sembilan (46), Pulau Pinang (42), Kedah (40), Kelantan (33), Pahang (31), Perak (24), Sarawak (13), Melaka (11), Terengganu (tiga) serta masing-masing satu kes di Perlis dan Labuan.
"Pada ME-39, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah 1,460 kes berbanding 1,533 pada minggu sebelumnya (ME-38), iaitu penurunan sebanyak 73 kes dan dua kematian dilaporkan pada ME-39 di Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata jumlah lokaliti titik panas denggi terus meningkat dari 48 lokaliti pada ME-38 kepada 55 lokaliti pada ME-39, dengan 33 daripadanya di Selangor, Sabah (16) serta Kuala Lumpur dan Putrajaya (enam).
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya merekodkan tiga kes pada ME-39 dengan kesemua kes dilaporkan di Selangor, sekali gus menjadikan kumulatif kes chikungunya sehingga kini sebanyak 649 kes.
Bagi survelan zika, sebanyak 1,488 sampel darah dan 15 sampel urin telah dijalankan saringan dan kesemuanya adalah negatif.
Dr Noor Hisham turut menasihati semua pihak supaya memastikan kawasan mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk, terutamanya pada fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) dari 3 Oktober hingga awal November yang menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.
"Lupuskan barang lusuh atau yang tidak digunakan di tempat pembuangan yang ditentukan. Bagi kawasan di dalam rumah, periksa alas mesin penapis air, lapik pinggan, lapik pasu dan pastikan tiada air bertakung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Dr Noor Hisham turut menasihati semua pihak supaya memastikan kawasan mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk, terutamanya pada fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL). - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
7,254 kes demam denggi, 12 kematian direkodkan di Pulau Pinang
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari hingga 23 Disember adalah sebanyak 7,254 kes dengan 12 kematian dicatatkan.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Denggi: Pulau Pinang rekod sembilan kematian setakat 20 Nov
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu sebanyak sembilan kematian membabitkan kes demam denggi di negeri itu direkodkan setakat 20 Nov lepas.
Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian
Dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.
Kes denggi di P. Pinang meningkat
Sebanyak 122 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Pulau Pinang pada Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45) bagi tempoh 5 hingga 11 Nov lepas.
Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan
Faktor cuaca didapati antara punca berlaku peningkatan kes demam denggi di Kelantan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.