KUALA LUMPUR:Negeri Selangor yang mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes menjadi tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Berikut perincian selebihnya:

1.  Sebanyak 3,318 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 258,036 kes.

2. Kementerian Kesihatan turut merekodkan 17 kematian baharu.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 51,579 kes.

4.  Sebanyak 258 kes sedang dirawat di ICU,119  kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Kementerian Kesihatan turut kenal pasti 14 kluster baharu.

BACA: COVID-19: Jumlah pesakit sembuh 3,505, jangkitan baharu 3,318 dan 17 kematian