Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kesihatan memberikan komitmen membantu Selangor mengatasi masalah denggi ekoran peningkatan kes yang berlaku dinegeri tersebut.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pihaknya dan kerajaan Selangor akan memberi perhatian terhadap enam agenda utama termasuk pengurusan pepejal dan pemantauan tapak binaan terbengkalai.
Katanya, agenda lain yang perlu ditekankan ialah aspek kebersihan tanah kosong, bangunan tidak digunakan, struktur bangunan dan keperluan mewujudkan pegawai pihak berkuasa tempat (PBT) khas memerangi denggi.
"Agenda utama kementerian ialah meningkatkan lagi usaha mengawal kebersihan persekitaran dalam negeri Selangor. Kita menegaskan berapa pentingnya kawalan kebersihan dalam menangani wabak denggi,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam pada Selasa.
Subramaniam berkata, bagi tempoh Januari hingga 6 Disember tahun ini, sebanyak 98,128 kes dilaporkan meningkat 160 peratus berbanding 37,698 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Jelas beliau, separuh daripada jumlah itu, 48,691 kes, ialah dari Selangor dan daripada sejumlah 189 kematian dilaporkan tahun ini, 70 (37%) daripadanya berlaku di negeri tersebut.
"Harap ada perubahan dan boleh tingkatkan lagi kerjasama antara jabatan negeri, daerah dan PBT dan harapan kita untuk kurangkan kes ini dapat dicapai," katanya.
Selangor juga menyumbang sebanyak 508 lokaliti wabak (71%) daripada 716 lokaliti wabak keseluruhan dan 118 lokaliti hotspot (97%) daripada 122 lokaliti hotspot seluruh negara.
Subramaniam berkata, 'Operasi Mega' dijalankan kementerian pada Julai hingga 14 September lalu di Lembah Klang berhasil mengurangkan 50% kes di Selangor dalam tempoh 2 bulan.
Sementara itu, Azmin berkata, antara punca dan cabaran utama di Selangor ialah masalah kepadatan penduduk yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri lain.
"Soal kebersihan alam sekitar, penempatan pekerja asing dan pelajar asing dan cara kerja mungkin menyumbang peningkatan demam denggi dan pembiakan nyamuk aedes," katanya.
Beliau berkata, RM32 juta dibelanjakan kerajaan negeri untuk PBT menangani masalah itu termasuk menambah anggota sokongan, logistik dan penguatkuasaan.
Astro Awani
Wed Dec 10 2014
Selangor terima bantuan kerajaan pusat atasi masalah denggi
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.