GOMBAK: Kerajaan Selangor menubuhkan Skuad Bencana sebagai persediaan untuk mendepani situasi-situasi yang tidak diduga sejajar dengan perubahan iklim pada masa kini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai tujuh orang ahli mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan akan dilatih khas bagi membantu pihak berwajib seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika bencana melanda kawasan berkenaan.
Namun begitu, jumlah ahli tersebut akan ditambah supaya kumpulan berkenaan dapat beroperasi secara konsisten setiap kali bencana terjadi di kawasan terbabit.
“Skuad Bencana merupakan inisiatif baharu iaitu ada kumpulan khas dengan kelengkapan dan kemudahan untuk berdepan dengan situasi yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
“Pasukan ini ditubuhkan secara sukarela, dan bila ada kes-kes melibatkan bencana alam, mereka akan datang membantu pasukan autoriti sedia ada seperti bomba, unit JPA mahupun PBT sedia ada seperti Skuad Pantas.
“Setakat ini kita ada tujuh orang ahli di DUN Gombak Setia, tapi kita akan latih empat atau lima orang supaya kita ada kumpulan yang konsisten untuk membantu ketika bencana tiba khususnya di kawasan DUN di sini dan Parlimen,” katanya pada sidang media Majlis Serahan Sumbangan, Pelancaran Skuad Bencana Dan Penyerahan Bakul Makanan Sime Darby di Dewan Beringin Taman Seri Gombak, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, inisiatif tersebut wajar diwujudkan di DUN lain bagi membantu lebih ramai pihak dan bersedia untuk sebarang kemungkinan bencana yang bakal melanda.
Ujarnya, langkah ini tidak sukar untuk dilaksanakan kerana ia bersifat sukarela dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
“Apa yang penting, kumpulan ini perlu dilatih dan dibentuk untuk latihan. Kita ada juga seperti badan sukarelawan Selangor Volunteer (SERVE) dan Team Selangor.
“Masing-masing ada tugas mereka, namun di peringkat kerajaan negeri kita perlu pastikan bagaimana kita ingin menjalankan latihan yang bertepatan dengan kehendak dan keperluan kumpulan ini,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 03 2021
Amirudin (kanan) merasmikan Pusat Operasi Skuad Bencana DUN Seri Gombak di sini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Selangor tubuh Skuad Bencana sedia hadapi musibah
Jumlah ahli akan ditambah supaya kumpulan berkenaan dapat beroperasi secara konsisten setiap kali bencana terjadi di kawasan terbabit.