Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan pengurusan setiap bangunan yang telah berusia, khususnya bangunan kerajaan di Pahang, supaya melakukan penyelenggaraan secara berjadual bagi mengelak tragedi tidak diingini.
Baginda bertitah, kejadian runtuhan tembok batu akibat tangki air pecah di Kompleks Teruntum di sini semalam merupakan satu 'tragedi yang berlaku akibat tiada penyelenggaraan sempurna' oleh pihak pengurusan bangunan terbabit.
Tengku Abdullah juga menzahirkan rasa syukur kerana kejadian runtuhan yang berlaku pada pukul 1 tengah hari itu tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa, tetapi hanya membabitkan tangki air yang pecah.
"Saya difahamkan bahawa jaminan bagi tangki yang diperbuat daripada fiber itu hanya bagi tempoh 10 tahun, tetapi ia telah digunakan lebih daripada itu, iaitu 13 tahun sebelum pecah.
"Bangunan ini (Kompleks Teruntum) mula beroperasi pada Januari 1980. Usia bangunan yang lama sangat memerlukan pemeriksaan struktur dan sebagainya. Kita tidak mahu ada perkara lebih buruk berlaku. Semua bangunan lama harus diperiksa," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian selepas melawat Kompleks Teruntum di sini hari ini dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yassin.
Baginda bertitah antara bangunan yang perlu dilakukan pemeriksaan itu termasuklah bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang terletak bersebelahan Kompleks Teruntum, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Wisma Persekutuan.
"Aspek keselamatan perlu dikaji secara keseluruhan dan saya berharap perkara ini dapat dilakukan segera. Ini mungkin memerlukan perbelanjaan yang lebih sedikit, namun ia adalah demi keselamatan," katanya.
Tengku Abdullah turut bertitah supaya pihak pengurusan bangunan Kompleks Teruntum, PNKP dapat mempertimbangkan bayaran pampasan berpatutan kepada semua peniaga yang menyewa premis di kompleks itu.
Baginda juga berharap kejadian itu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak memandang ringan aspek penyelenggaran, sekali gus menjadikannya sebagai budaya, supaya tiada masalah lebih teruk berlaku pada masa hadapan.
Kejadian runtuhan tembok batu akibat tangki air pecah di bangunan Kompleks Teruntum semalam mengakibatkan empat orang awam cedera manakala sepuluh buah motosikal dan tiga buah kereta rosak teruk akibat terkena runtuhan tembok konkrit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah menitahkan pengurusan setiap bangunan yang telah berusia, khususnya bangunan kerajaan di Pahang, supaya melakukan penyelenggaraan secara berjadual bagi mengelak tragedi tidak diingini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan
Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia
Ukraine memberi amaran kepada Rusia konflik antara kedua-dua negara itu akan beralih ke wilayahnya tidak lama lagi.
Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.
Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar
Kebakaran berlaku di tapak projek pembangunan semula The Mariners' Club yang terletak di daerah Tsim Sha Tsui pada Khamis malam.
Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki
Penemuan itu berlaku pada hari ketiga SAR dijalankan bagi mengesan enam pekerja binaan yang dilaporkan hilang.
Rumah pekerja binaan musnah terbakar
Kebakaran berlaku di tingkat dua kawasan parkir yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.
Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan
Ketika kejadian, satu bunyi yang seakan bom meletup menyebabkan kawasan kejiranan bergegar dan bekalan elektrik terputus.
Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera
Pesuruhjaya Polis Dhaka, Shafiqul Islam berkata, tujuh bangunan berdekatan dan tiga bas mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.
Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan
Mayat lelaki warga emas lelaki ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk di tangga sebuah bangunan dalam pembinaan.
Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di sini, hari ini.