Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar semua jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersatu dan menggembleng tenaga membantu calon-calon PKR yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau bertembung dalam saingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nawawi Ahmad, dan calon PAS, Zubir Ahmad, di kerusi P.004 Langkawi.

Bekas perdana menteri itu bertanding sebagai calon PKR dan menjadi calon tertua yang bertanding pada PRU14 kali ini, iaitu pada usia 93 tahun.



Kerusi Parlimen Langkawi sebelum ini dimenangi Nawawi pada PRU13 mengalahkan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi.