AKHBAR-AKHBAR Tamil yang menyiarkan berita mengenai pemilihan MIC kali ini didapati kurang menarik perhatian kaum India malah tidak mencetuskan keghairahan dikalangan masyarakat India secara amnya dan ahli-ahli MIC secara khususnya.
MIC diarah untuk memilih semula presiden dan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) baharu kerana pemilihan yang dibuat pada bulan November tahun 2013 sempena persidangan perwakilan MIC yang ke 67 di Bandar bersejarah Melaka diistihar tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
ROS menggesa CWC yang menyandang jawatan bagi tempoh 2009-2013, yang dirujuk sebagai 'interim committee', mengadakan semula pemilihan parti.
Sekiranya MIC gagal menepati arahan ROS, MIC akan menghadapi risiko pembatalan pendaftarannya.
Datuk Seri G.Palanivel juga sudah membuat permohonan 'semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap arahan ROS.
Malangnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bukan sahaja menolak pemohonan semakan G.Palanivel malah memutuskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campur tangan dalam keputusan ROS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional sejajar dengan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18(b)(1) Akta Pertubuhan 1966.
G.Palanivel juga tidak berdiam diri tetapi merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.
Sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, MIC telah mengadakan pemilihan baru untuk Presiden, Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan baru di seluruh negara meliputi semua bahagian dan cawangan MIC seperti yang diarah ROS.
G.Palanivel yang menyandang jawatan presiden MIC yang kelapan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, yang berlainan pendapat dalam menyelesaikan kemelut yang melanda MIC.
Mereka yang bertelagah dilaporkan mengadakan majlis penamaan calon secara berasingan untuk memilih presiden baharu.
Apabila selesainya majlis penamaan calon, kedua-dua pemimpin tersebut turut membuat kenyataan akhbar bahawa masing-masing menang tanpa bertanding malahan mendapat sokongan 70 peratus daripada keseluruhan ahli MIC.
G.Palanivel telah mengumumkannya pada 9 Ogos lepas bahawa dia mendapat 2004 daripada 2,241 pencalonan daripada cawangan MIC.
Manakala, Dr.Subramaniam pula mengumumkan pada 21 Ogos 2015 bahawa dia mendapat 450 pencalonan merangkumi 2,700 cawangan daripada jumlah 2,843 cawangan yang didaftarkan.
Pada masa yang sama, pertandingan untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan turut melibatkan pemilihan bagi Presiden dan Ketua-Ketua Bahagian MIC di seluruh negara telah selesai tanpa sebarang masalah kerana tidak ada perebutan hebat dalam pertandingan kerana calonnya adalah daripada kem yang sama.
G.Palanivel dan Dr.Subramaniam kemudian diumum menang tanpa bertanding sebagai presiden parti oleh kumpulan masing-masing.
Presiden baru telah dilantik tetapi kesahihan perlantikan kedua-dua pemimpin tersebut masih menjadi bualan di kalangan masyarakat India malah dipertikai sebahagian besar ahli MIC sendiri.
Sementara itu, perhimpunan MIC kali ke 68 diaturkan di bawah kepimpinan Dr.Subramaniam kali ini melibatkan seramai 1,500 wakil daripada 2,843 cawangan.
Mereka dijangka akan hadir untuk memilih seorang Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 23 Ahli CWC.
Saravanan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Perak, Datuk Seri S.K.Devamany akan bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.
Manakala, 44 orang lagi bertanding untuk merebut 23 kerusi CWC.
Calon-calon yang bertanding kali ini adalah mereka yang pernah bertanding dalam perhimpunan MIC pada tahun 2013 yang dibatalkan ROS.
Walaupun pertandingan kali ini didapati tidak hebat dan panas kerana semua calon yang bertanding adalah dari kem yang sama sekali gus penyokong Dr.S.Subramaniam, perjumpaan dan makan malam untuk merayu undi masih diteruskan di seluruh negara.
Tinjauan menunjukkan Saravanan akan merebut kerusi Timbalan Presiden dengan mudahnya kerana dia bukan sahaja pernah menyandang jawatan Naib Presiden sebelum ini malah pernah memperolehi undi yang paling banyak dalam pemilihan Naib Presiden pada tahun 2013 yang dibatalkan ROS.
Manakala, bagi jawatan Naib Presiden, bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T.Mohan dijangka menang dengan mudahnya kerana popularitinya yang mendahului calon-calon lain.
Bagi jawatan CWC pula, walaupun 50 peratus calon yang bertanding akan ditolak oleh perwakilan, tokoh-tokoh yang dikenali sebagai penyokong kuat malah bersama dengan Dr.Subramaniam dalam perjuangannya dilihat akan memenangi jawatan berkenaan.
Dua calon dari Pulau Pinang iaitu Dhinakaran, yang pernah menjadi Naib Ketua Pemuda merangkap Ketua Pemuda MIC Negeri Pulau Pinang dan Loganathan, seorang ketua bahagian MIC di Pulau Pinang yang pernah di gantung keahliannya kerana mengkritik kepimpinan G.Palanivel, dijangka mendapat sokongan hebat daripada perwakilan.
Calon-calon lain seperti bekas ADUN Johor, M.Asojan, dan Ketua Bahagian Gelang Patah, Johor, S.Kannan, didapati mendahului senarai calon popular di kalangan perwakilan MIC.
Dalam pada itu, pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda dan Wanita MIC kebangsaan telah selesai tanpa sebarang masalah.
Sivaraajh Chandran menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda MIC kebangsaan dan Mohana Muniyandi menang tanpa bertanding sebagai Ketua Wanita MIC.
Sebahagian besar iaitu hampir 90 peratus ketua-ketua bahagian, pemuda, putera dan puteri menang tanpa bertanding di peringkat negeri.
Persoalannya kini, apakah pemimpin-pemimpin yang menang tanpa bertanding kali ini benar-benar mengambarkan kekuatan MIC atau penerimaan ahli-ahli parti terhadap mereka sebagai wakil keseluruhan MIC kerana hampir 50 peratus ahli MIC yang menyokong G.Palanivel tidak menyertai pemilihan yang diadakan di bawah naungan Dr.Subramaniam.
Ahli-ahli dan pemimpin MIC yang menyokong G.Palanivel bukan sahaja tidak mengakui barisan pemimpin yang dipilih daripada jawatan Presiden sehingga ke peringkat negeri malah mereka mengaku adalah pemimpin yang sah dipilih mewakili MIC.
Pada tahun 1988, apabila timbul isu pensahihan presiden parti People’s Progressive Party (PPP), mahkamah memutuskan bahawa ROS boleh menentukan kesahihan perlantikan seseorang sebagai ketua parti.
Pada tahun 1994, mahkamah juga sekali lagi memutuskan Datuk M. Kayveas sebagai presiden parti PPP apabila timbul soal kesahihan terhadap pemilihannya sebagai Presiden PPP.
Justeru, adalah wajar ROS kini membantu untuk menyelesaikan soal kesahihan perlantikan presiden baru MIC.
Secara umumnya, pada kaca mata ahli-ahli MIC, pengguguran G.Palanivel daripada kabinet dan pengekalan S.Subramanian sebagai menteri tunggal mewakili MIC tidak akan membantu menyelesaikan isu kemelut kepimpinan parti malah kesahihan perlantikan Presiden MIC.
Isu kesahihan presiden MIC perlu ditanggani dengan segera dan bijak kerana keretakan dalam parti didapati semakin hari semakin kronik dan dijangka mengkurangkan kemampuan MIC mempertahankan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
*M.Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Astro Awani
Thu Nov 05 2015
Selesaikah kemelut MIC selepas pemilihan parti? - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan
Mohd Rafiee Abdullah, 27, yang berdepan tiga pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripada seorang sebabkan kecederaan - Saksi
Ia mungkin dilakukan oleh dua, tiga, empat, 10 atau lebih individu.
Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jurutera wanita didakwa guna jawatan dapatkan tender bernilai RM158,440
Didakwa guna jawatan bagi memberikan tender bernilai RM158,440 kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan kepada dirinya.
Beri pinjam wang tanpa lesen, ah long didenda RM10,000
Joseph Lau, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal lapor kes diberi suapan RM1,000
Tertuduh didakwa telah diberi suapan daripada seorang lelaki tempatan melalui pindahan wang secara dalam talian.