Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan dakwaan terdapat kluster aktif COVID-19 yang baharu di universiti itu dengan lebih 20 orang kakitangan didapati positif virus itu.

UIAM dalam kenyataan di laman Facebook menyatakan mesej yang tular itu palsu.



“Semak dulu kesahihan mesej itu sebelum kongsi lebih-lebih lagi jika ia bukan dikeluarkan oleh pihak universiti,” kata kenyataan itu.



2. HWKKS masih beroperasi seperti biasa

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan bahawa bangunan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Kota Kinabalu ditutup berikutan wabak COVID-19.

Menurut kenyataan JKNS, hanya satu wad di hospital berkenaan diletakkan di bawah arahan kuarantin bagi memastikan tiada penularan COVID-19.



Semasa tempoh kuarantin, tidak ada kemasukan pesakit baharu dan semua anggota yang bertugas di wad tersebut dikuarantin di kemudahan yang telah ditetapkan oleh JKNS.

Perkhidmatan lain di HWKKS beroperasi seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut.