Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai

Rudi Affendi Khalik
Januari 1, 2021 09:47 MYT
Kesemua mangsa diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian. - ihsan JPBM Sarawak
BETONG: Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di pangkalan feri Triso dekat Sebuyau dalam satu insiden petang Jumaat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.14 petang.
Menurutnya, beberapa anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dan Simunjan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.
Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak, Khiruddin Drahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan kematian tersebut.
#maut #sembilan keluarga maut #kereta terjunam #Betong #Sarawak #Batang Lupar #Sebuyau #Tragedi Feri Triso