KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil masa selama seminggu untuk pemeriksaan balas bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping yang mengendalikan akaun milik bekas perdana menteri itu.
Peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Sequerah berapa lama bekas pegawai bank itu akan disoal balas dalam perbicaraan kes Najib yang melibatkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Muhammad Shafee berkata beliau akan memulakan pemeriksaan balas ke atas Yu esok dan ia memerlukan beliau seminggu untuk menghabiskan pertanyaan terhadap saksi. Yu telah selesai menghadapi pemeriksaan utama.
Sebelum itu, Yu memberi keterangan bagaimana akaun peribadi Ambank Najib dibuka dan bagaimana ahli perniagaan dalam perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah menghubungi AmBank pada 2009 untuk penerbitan bon RM10 bilion dengan tempoh 30 tahun untuk pendahulu 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), "yang tidak pernah berlaku sebelum ini".
Hari ini, mahkamah juga mendengar hujahan daripada Muhammad Shafee dan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengenai sama ada rakaman audio antara Najib dan seorang kerabat diraja Saudi boleh diterima dalam perbicaraan.
Muhammad Shafee berhujah bahawa hak Najib untuk satu perbicaraan yang adil mungkin terjejas jika mahkamah membenarkan kemasukan perbualan peribadinya dengan anggota kerabat Saudi itu yang ingin dibawa pendakwaan ke dalam perbicaraan itu, mungkin dicemari dengan maklumat palsu.
"Jika pematuhan undang-undang yang mentadbir kemasukan bukti dokumentari tidak dipatuhi, tertuduh berada di dalam keadaan yang merugikannya kerana bukti itu tidak akan dikecualikan.
"Malah lebih buruk lagi, tiada cara untuk tertuduh membangkitkan sebarang bantahan berkaitan ketidakpatuhan itu kerana susunan kata dan terjemahan kepada Seksyen 41(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
"Pihak pendakwaan telah menyalahgunakan proses mahkamah dengan tidak memasukkan komunikasi yang dipintas di bawak Seksyen 43 Akta SPRM tetapi sebaliknya menggunakan pintu belakang dengan memaksa mahkamah menerima "bukti dokumen" di bawah Seksyen 41(A) Akta SPRM," kata beliau.
Muhammad Shafee menegaskan untuk menerima rakaman audio itu di bawah Seksyen 41 (A) Akta SPRM adalah tidak mengikut perlembagaan kerana ia tidak memakai peruntukan di bawah Akta Keterangan 1950.
Di bawah Seksyen 41 (A) Akta SPRM menyatakan apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh SPRM di bawah Akta ini dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Pihak pendakwaan semalam berhujah adalah sukar untuk mereka untuk membawa individu korup ke muka pengadilan jika mereka perlu mematuhi peraturan di bawah Akta Keterangan.
Sri Ram berkata keperluan pendakwaan untuk membuktikan setiap dokumen menurut peraturan ketat Akta itu menyebabkan ramai pesalah rasuah boleh melepaskan diri.
Najib, 69 berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Najib berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. - Gambar fail
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.