BUTTERWORTH: Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), akan beroperasi sepenuhnya menjelang Januari tahun depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini 10,301 kelas Tadika dan 544 kelas Taska itu, beroperasi mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Semua institusi pendidikan awal kanak-kanak itu ketika ini beroperasi mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan ditetapkan, jadi ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak, kerana KEMAS mengambil semua langkah yang sepatutnya bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.
"Kami menjangkakan awal tahun depan semua tadika dan taska Kemas akan beroperasi sepenuhnya. Apapun, kita telah bersedia (jika operasi taska dan tabika Kemas dibuka sepenuhnya nanti). Guru-guru pun semua telah lengkap divaksin ketika ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B Malaysia), di sini malam tadi.
Hadir sama Presiden Alumni 4B Malaysia Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad Al-Husaini, dan pada majlis itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang turut hadir, menerima anugerah penghargaan khas di atas sumbangannya terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebelum ini.
Sementara itu, Mahdzir berkata agensi atau jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ketika ini, bersedia memberi ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO termasuk Alumni 4B Malaysia, demi membangunkan negara dan kesejahteraan rakyat.
Katanya matlamat penting menerusi hasil kerjasama itu ialah untuk mencapai kejayaan untuk semua dan ia boleh dilakukan sama ada menerusi kajian, kerjasama keusahawanan atau sebarang program berkaitan demi kesejahteraan rakyat.
Menurutnya seperti Alumni 4B Malaysia merupakan antara NGO yang mempunyai keahlian yang ramai ketika ini, iaitu sehingga 75,000 ahli dan pertubuhan itu juga sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kesukarelawanan dan sebagainya.
"Alumni 4B Malaysia ini adalah sebuah alumni NGO yang telah berada di 'ground'. Oleh itu, mereka boleh tengok macam mana nak bantu, contohnya mungkin mereka dapat salurkan maklumat dan berikan latihan atau khidmat kepada Keluarga Malaysia kita, dengan kerjasama daripada agensi serta jabatan dibawah KPLB," katanya.
Beliau berkata Alumni 4B Malaysia juga merupakan kesinambungan daripada Gerakan Belia 4B, dan ini akan memberi kelebihan kepada pertubuhan itu kerana mereka terdiri daripada dua generasi iaitu muda dan lebih dewasa.
"Saya berharap lebih banyak NGO seperti ini, akan bersama-sama kerajaan dan menyokong serta mendokong dasar selaras dengan mesej yang dibawa oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) iaitu untuk Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Mahdzir berkata, pihaknya telah bersedia sekiranya operasi taska dan tabika Kemas dibuka sepenuhnya nanti. - Gambar fail
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Bapa maut ketika hantar anak ke tadika
Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar anak ke tadika maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung berhampiran di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini.
Polis tahan penganggur terlibat kes pecah tadika di Kulai
Seorang penganggur ditahan malam tadi selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah tadika di Bandar Putra di sini pada Ogos tahun lepas.
Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri
Difahamkan kebakaran disedari di peringkat awal kira-kira pada jam 8.30 pagi sebelum guru dan murid-murid segera meninggalkan bangunan.
Ibu bapa buat laporan polis terhadap tadika selepas insiden anak terjatuh ke dalam kolam renang
Ibu mangsa, D Nilaveni, berkata dia dan suami telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda
Polis menyiasat dakwaan tular cubaan culik seorang murid sekolah tadika di Bandar Baru Uda.
Tadika musnah akibat serangan udara, tujuh terkorban
Tiga kanak-kanak antara yang maut namun jurucakap kerajaan persekutuan menafikan orang awam terbunuh dalam insiden itu.
Pengetua taska, tadika perlu mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak
angkah itu penting bagi memastikan mereka mampu melakukan sesuatu perkara yang bermakna untuk generasi akan datang.
Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak
Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, semalam.
Tutup taska, tadika biarpun hanya satu kes HFMD - Dr Izani
Tindakan itu sebagai langkah awal bagi mengelak wabak berkenaan daripada terus merebak sekiranya ia tidak dibendung terlebih awal.
86 tadika, 45 taska dan 56 pusat penjagaan warga emas beroperasi tanpa lesen di P. Pinang
Pelbagai langkah telah diambil untuk membolehkan pengusaha memperoleh lesen antaranya menjalankan advokasi dan memberi khidmat nasihat.