ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor bersetuju memberi peruntukan tambahan sebanyak RM150,000 kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri tersebut.
Selain itu, sebanyak RM100,000 pula disalurkan kepada 27 Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas (JPKD) Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.
Peruntukan keseluruhan berjumlah RM11.1 juta itu, kata Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada rakyat yang terjejas akibat COVID-19 melalui wakil rakyat.
"Saya berharap peruntukan tambahan ini boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dan kemaslahatan masyarakat di kawasan DUN Yang Berhormat sekalian," kata Hasni pada penggal persidangan keempat Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini.
ADUN Benut itu berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Parit Yaani) yang juga Ketua Pembangkang mengenai apakah jenis bantuan yang disampaikan oleh agensi selain kerajaan negeri.
Beliau berkata selain kerajaan negeri, pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor, turut aktif dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat pandemik.
Selain itu, Hasni berkata, bagi membantu golongan sasar khususnya terjejas COVID-19, tiga siri bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor iaitu PRE Ihsan Johor 1, PRE Ihsan Johor 2 dan PRE Ihsan Johor 3 dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM491.25 juta bagi membiayai kesemua 103 inisiatif.
Kesemua ini memberikan manfaat kepada hampir satu juta penerima melibatkan pelbagai golongan rakyat di negeri Johor.
Astro Awani
Sun Aug 22 2021
Peruntukan keseluruhan berjumlah RM11.1 juta itu, kata Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada rakyat yang terjejas akibat COVID-19 melalui wakil rakyat. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Semua wakil rakyat Johor akan terima peruntukan RM200,000 setiap tahun mulai 2022 - Menteri Besar
Kesemua 56 ADUN termasuk pembangkang akan terima peruntukan bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan masing-masing.
Semua wakil rakyat Johor terima peruntukan tambahan RM150,000 - Menteri Besar
Sebanyak RM100,000 pula disalurkan kepada 27 Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas (JPKD) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Semua wakil rakyat Johor perlu jalani ujian RTK setiap hari sepanjang sidang DUN
Kesemua ADUN juga digalakkan tinggal di hotel berdekatan sepanjang tempoh persidangan bagi mengelakkan jangkitan ketika balik kawasan dan tempat berisiko.