Senat AS lulus rang undang-undang tamatkan darurat COVID negara

Bernama
Mac 30, 2023 06:33 MYT
Pemandangan sekitar New York ketika darurat COVID-19. Senat AS pada Rabu meluluskan undang-undang menamatkan darurat negara ke atas COVID-19 dengan segera. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang menamatkan darurat negara ke atas COVID-19 dengan segera.
Senat meluluskan langkah itu pada Rabu dengan undian 68-23, lapor Sputnik.
Ketua Majoriti Senat AS Chuck Schumer dalam kenyataan awal berkata Presiden Joe Biden tidak akan membantah resolusi itu.
Biden sebelum ini merancang untuk menamatkan darurat nasional menjelang 11 Mei.
Darurat nasional berhubung pandemik coronavirus diisytihar oleh bekas Presiden AS Donald Trump pada Mac 2020.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Amerika Syarikat #Chuck Schumer #RUU tamat darurat