PUTRAJAYA: Seniwati Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).
Beliau menerima wang tunai RM10,000 dan trofi serta sebuah kereta, atas sumbangan beliau dalam industri seni tanah air termasuk memperjuangkan nasib anak seni tempatan.
Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Bagi kategori Pengimbangan Audio Radio (Lokasi) Terbaik Saluran dimenangi penerbit Bernama Radio Mohd Zaini Ahmad Norbi melalui program Lintas Langsung Tinjauan Pasca Banjir Sungai Telemong. Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.
Selain itu, dua anugerah kemuncak iaitu Dokumentari TV Terbaik dimenangi Social Playlist oleh Herbert Pua Kuo Jie membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM150,000
Drama TV Terbaik pula dimenangi Pencipta Pegang Waktu oleh Nor Shahila Harun Shah dan membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan DKD sebanyak RM200,000.
Pemberian DKD ialah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif menghasilkan, memasarkan dan mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa terutama dalam fasa pasca-COVID-19.
ASA 2022 kembali setelah menyepi enam tahun dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Acara berprestij itu berlangsung selama dua hari yang bermula semalam bertujuan meraikan penggiat seni dan para karyawan.
Kehadiran penggiat seni tempatan turut memeriahkan majlis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rosyam Nor, Ella, Zulin Aziz, Sabri Yunus, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Syafie Naswip, Nasha Aziz dan Janna Nick.
Program dua hari bertemakan 'Kemuncak Kecemerlangan' itu menyaksikan hadiah bagi pemenang 34 kategori disampaikan malam tadi.
Tema itu bersesuaian dengan usianya yang memasuki 50 tahun selain bertepatan hasrat K-KOMM untuk menjadikan anugerah itu sebagai pemangkin dalam penghasilan karya bermutu industri penyiaran khususnya di peringkat nasional.
ASA dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM, yang dicetuskan Kementerian Penerangan pada 1972, bertujuan mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
Pemenang Anugerah Tokoh Seri Angkasa, Pelakon terkenal, Fauziah Nawi menyampaikan ucapan selepas menerima anugerah dari Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa. - Foto BERNAMA
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Seniwati Fauziah Nawi terima anugerah Tokoh Seri Angkasa
Seniwati Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).
Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 dibuka
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022.