KUALA LUMPUR: Malaysia kini mempunyai kira-kira 500 ahli psikiatri dengan nisbah seorang ahli psikiatri untuk lebih kurang 100,000 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata nisbah yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah seorang ahli psikiatri untuk 10,000 orang, oleh itu bagi mengimbangi perbezaan tersebut dengan berkesan, profesional penjagaan kesihatan lain perlu meningkatkan kemahiran bagi menilai dan mengurus masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.
"Malaysia kini mempunyai lebih dari 57,000 doktor, dengan doktor am terdiri daripada 6,700 yang berkhidmat di bandar dan di luar bandar. Kaedah paling berkesan adalah untuk memperkasakan doktor ini dan doktor keluarga.
"Ini tetap menjadi tumpuan dalam kebanyakan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar, melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang mencukupi dan rawatan terkini dalam psikiatri akan menjadikan mereka dalam keadaan baik mendiagnosis penyakit mental dalam masyarakat untuk pengesanan awal," katanya.
Dr Noor Hisham berkata demikian dalam ucap tama pada 'Training Day in Psychiatry' Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 anjuran Akademi Perubatan Malaysia serta Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia, yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau berkata gangguan mental adalah antara keadaan kesihatan yang paling biasa di seluruh dunia dan oleh itu perlu dianggap sebagai keutamaan kesihatan global.
Merujuk kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015, Dr Noor Hisham berkata Malaysia melaporkan berlakunya masalah kesihatan mental sebanyak 29.2 peratus dalam kalangan orang dewasa berusia 16 tahun ke atas, dengan peningkatan trend dalam kalangan orang dewasa dari 10.7 peratus pada 1996 kepada 29.2 peratus pada 2015.
Beliau berkata prevalen kemurungan terkini adalah 2.3 peratus, merangkumi kira-kira setengah juta orang, dan wanita bujang dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah berisiko lebih tinggi.
Mengakui dan memuji pengorbanan yang dilakukan oleh barisan depan sejak bermulanya pandemik COVID-19, beliau berkata terdapat keperluan berinovasi dalam menangani dan merawat pesakit bukan COVID dalam tempoh pandemik.
"Pelaksanaan perkhidmatan baharu seperti perkhidmatan 'Advanced Acute Internal Medicine' (AAIM) di hospital termasuk Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, telah menunjukkan faedah ketara dalam mengurangkan kemasukan perubatan bukan COVID yang membantu mengurangkan kesesakan wad perubatan.
"Di samping itu, penurunan ketara purata tempoh tinggal pesakit bukan COVID (ALOS) mengakibatkan penurunan kadar jangkitan nosokomial (berkaitan dengan penjagaan kesihatan) dalam kalangan pesakit yang dirawat di hospital dan membolehkan penggunaan semula tenaga dan sumber yang cekap untuk memerangi COVID," katanya.
Program latihan secara maya yang bertemakan 'Kesihatan Mental Dalam Dunia Berbeza' itu memaparkan pelbagai topik penting daripada kemurungan hingga penyakit mental pada kanak-kanak, mengumpulkan lebih 600 doktor dari pelbagai bahagian rangkaian rawatan kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Noor Hisham berkata, gangguan mental adalah antara keadaan kesihatan yang paling biasa di seluruh dunia dan oleh itu perlu dianggap sebagai keutamaan kesihatan global. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Perbanyak kawasan riadah, elak masalah mental remaja PPR
Pihak pemaju PPR disarankan memperbanyak kawasan riadah bagi melepaskan tekanan dan mengelak masalah mental dalam kalangan kanak-kanak serta remaja daripada terus berpanjangan.
Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang
Siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.
Lelaki ada masalah mental tikam perut, kelar diri sendiri
Seorang lelaki mengelar leher dan menikam perutnya sendiri menggunakan pisau dalam sebatang parit di hadapan sebuah restoran di Taman Suria Johor Bahru.
Lelaki bergelut di IPD Besut buat provokasi terhadap polis
Polis menahan seorang penghantar makanan yang bergelut dengan anggota polis berpakaian seragam selepas lelaki itu membuat provokasi serta melibas cota dalam kawasan IPD Besut di sini, pagi semalam.
Wanita curi duit di kaunter bas ada masalah mental
Polis menyerahkan seorang wanita yang dipercayai memiliki masalah mental ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis, setelah wanita berkenaan ditahan kerana cuba mencuri wang.
Pemain pertahanan Arsenal, Pablo Mari, cedera ditikam
Seorang lelaki yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental menyerang orang ramai di sebuah pasar raya.
Seorang maut dalam insiden tikaman di Itali, Pablo Mari antara mangsa
Mari, yang merupakan pemain tengah Arsenal yang kini dipinjamkan ke AC Monza, tidak mengalami kecederaan serius.
Lelaki cuba culik kanak-kanak ada masalah mental
Seorang lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak di taman permainan berhampiran Dataran Masjid Muhammadi di sini mempunyai masalah mental.