COVID-19: Seorang guru di SMK Taman Sea disahkan positif

Fareez Azman
Oktober 7, 2020 06:52 MYT
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian saringan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 pada Rabu.
Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, yang memaklumkan guru tersebut didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.
"Guru ini telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.
"Dalam tempoh menunggu keputusan, beliau menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah," katanya.
Difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian saringan.
Manakala kelas sahaja ditutup bagi proses sanitasi dilakukan.
#Petaling Jaya #Guru Kuarantin #positif COVID-19 #SMK Taman SEA #kuarantin kendiri #sekolah #ujian saringan #Kementerian Pendidikan Malaysia #Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Jaya