MUALLIM: Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 381.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kenderaan itu ialah empat buah lori, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail, sebuah kereta Proton Iriz dan sebuah ambulans.
Menurutnya, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.11 pagi itu menyebabkan pemandu sebuah lori kontena, Mohd Khairuddin Md Taharim, 44 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, katanya, pemandu enam kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori mangsa yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah lori kontena lain, menyebabkannya terbabas ke bahu jalan.
“Kemudian, datang X-Trail dari arah yang sama, telah membrek, namun dilanggar oleh Proton Iriz dari arah belakang.
“Setelah itu, datang sebuah lagi lori dari arah yang sama, tidak sempat mengelak, telah terlanggar kon yang diletakkan di bahu jalan, lalu terlanggar ambulans, X-Trail, sebuah lori tiga tan dan akhir sekali, kontena yang dipandu mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kemalangan menyebabkan sebuah lori melintang sehingga menutup lorong tengah dan kanan manakala lori mangsa melintang menutup lorong kiri dan bahu jalan.
Hasni berkata, satu lorong telah dibuka pada 7.37 pagi, diikuti satu lagi lorong tidak lama kemudian.
Menurutnya, semua lori yang terlibat dalam kemalangan telah ditarik ke tepi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.50 pagi.
“Terdapat seorang mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan,” katanya.
Menurutnya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dengan bantuan dua buah kren.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Ahmad Nazirulmubin Narodi tamat jam 4.50 pagi.
Sementara itu, menurut Twitter Plus Trafik, kemalangan yang berlaku di laluan antara Slim River dan Behrang itu telah menyebabkan laluan terhalang.
Ia menyebabkan kenderaan dalam keadaan statik sejauh empat kilometer dan trafik kemudiannya dilencongkan keluar ke Plaza Tol Slim River.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 18 2022
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.11 pagi itu menyebabkan pemandu sebuah lori kontena, Mohd Khairuddin Md Taharim, meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto JBPM
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
Anggota dan jentera dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikerah ke lokasi sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
Setakat 3.30 petang ini, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
KKR, LLM laksana persediaan tangani kesesakan trafik di lebuh raya menjelang Aidilfitri
Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Laluan ke Terowong Menora terhalang, treler terbalik
Laluan kontra telah diaktifkan di Kilometer 262.65 hingga Kilometer 263.75 bagi mengurangkan kesesakan.
Suami maut digilis, isteri dan anak parah
Mangsa dipercayai membonceng skuter yang ditunggang isterinya bersama anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
Dua lelaki cedera tersepit, lori ais kiub terbabas di lebuh raya
Lori muatan ais kiub yang dinaiki mangsa terbabas di KM 251.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.
Pemandu, kelindan maut nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Pemandu yang dikenali sebagai Yew Khiang Khoon dan kelindan Abdul Rahman Mat Desa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak paramedik.
Lori tangki bawa metanol bocor di lebuh raya
Sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di susur keluar ke Tapah dekat PLUS arah utara pada Rabu.
Treler tepung terbalik, lebuh raya PLUS arah selatan sesak lebih 20km
Sebuah treler terbalik mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Simpang Pulai ke Gopeng.