Insiden komikal dan kejutan yang mewarnai penamaan calon pilihan raya umum ke-13 semalam berlegar sekitar sebilangan anggota tidak berpuashati lalu bertanding atas tiket bebas, sedikit sebanyak mencalar imej kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Tetapi antara BN dan PR, yang lebih tercalar adalah PR kerana perebutan menjadi calon bukan berlaku dalam parti masing-masing sahaja tetapi juga antara parti rakan komponan sehingga menimbulkan persoalan sejauh manakah kemampuan PR bersepakat?
Pertembungan antara komponan parti itu memaksa pengundi berfikir setakat manakah pakatan pembangkang dapat mencapai kesepakatan dalam perkara-perkara lebih besar dan rumit seperti pemerintahan negara?
Apakah maknanya di sebalik pertandingan antara calon PAS dan PKR di tujuh kawasan iaitu Parlimen Labuan dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Panti (Johor), Sg Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir (Terengganu)?
Di pihak BN, tiada mana-mana daripada berbelas-belas banyaknya komponan gabungan itu meletakkan calon di kerusi yang disepakati ditandingi calon-calon daripada parti rakan yang dahulu dikenali sebagai Perikatan.
BN, seperti juga PR dilanda fenomena segelintir anggota parti yang tidak terpilih, memilih untuk keluar parti apabila bertanding sebagai calon bebas didorong oleh rasa tidak puas hati.
Tindakan drastik mereka, kalau menurut pemerhati politik, mungkin juga atas perkiraan mereka boleh menjadi faktor penggenap atau penambah bilangan kerusi dalam penubuhan kerajaan kelak dalam persaingan sengit PRU13.
Antara mereka ialah veteran Umno yang pernah menjawat timbalan menteri selama dua penggal dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Shariff Omar di kerusi parlimen Tasek Gelugor. Seorang lagi ialah bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim, yang ditawar bertanding kerusi DUN Bukit Chandan tetapi bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar atas tiket bebas.
Anggota DUN Sungai Dua dari Umno yang juga bekas exco kerajaan negeri, Fadzil Hanafi bertanding sebagai bebas di kerusi DUN Alor Mengkudu. Anggota DAP Jenice Lee Ying Ha, penyandang kerusi DUN Teratai mempertahankan kerusi itu atas tiket bebas.
Tokoh DAP dari Melaka Sim Tong Him mempertahankan kerusi parlimen Kota Melaka atas tiket DAP tetapi turut bertanding atas tiket bebas bagi kerusi DUN Kota Laksamana menentang calon daripada partinya sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN nampaknya tidak terlalu terganggu dengan fenomena anggota parti bertanding atas tiket bebas, namun hari ini menarik perhatian pengundi kepada pertembungan sesama parti PR itu.
Berucap merasmikan projek perumahan 'Sentuhan Kasih Felda' di Felda Chini Timur 2 Pahang, beliau menganjurkan pengundi merenungi persoalan jika untuk bertanding kerusi pilihan raya PR gagal berpakat, bolehkah mereka berpakat bagi mengendalikan pemerintahan negara.
Bagi Najib, PR bukanlah satu gabungan yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat kerana selain mereka bukan gabungan yang besar, ia juga bukan merupakan gabungan yang satu dengan satu falsafah atau ideologi politik.
Kerajaan pembangkang di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor memang kekal tidak berpecah selepas dibentuk berikutan PRU12. Namun seringkali berlaku percanggahan dalam penentuan dasar seperti dalam isu penjualan arak oleh pekerja Islam di Selangor, tukang gunting wanita di Kelantan dan tatatertib berpakaian bagi artis untuk pertunjukan dan papan iklan
di Kedah.
Namun perbezaan pendirian paling mendasar dan menguji keutuhan pakatan itu ialah antara DAP yang sosialis dan PAS yang memanggil partinya parti Islam, melibatkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Pemimpin-pemimpin komponan pakatan pembangkang acapkali menegaskan bahawa mereka sepakat mahu m numpukan kepada perjuangan menumbangkan BN dan juga sepakat mengetepikan dahulu apa jua perbezaan dasar antara mereka.
Tetapi adakah mereka sudah mencapai kesepakatan dalam isu negara Islam?
Pengerusi DAP Karpal Singh, yang pernah menolak keras pelaksanaan hukum hudud dengan ayat "over my dead body" semalam menegaskan kembali bahawa partinya tetap menolak pelaksanaan hukum jenayah dalam Islam itu.
PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi melaungkan penubuhan negara Islam yang digantikan dengan slogan 'Negara Kebajikan' tetapi sebahagian anggota parti itu dikatakan mentafsirkan matlamat itu sama dengan negara Islam.
Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengatakan bahawa pemimpin PAS bersetuju dengan penggunaan nama "Allah" bagi panggilan tuhan dalam Kitab Injil namun sebahagian ahli PAS sehingga kini tetap menolaknya.
Bernama
Sun Apr 21 2013
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.