KUALA LUMPUR : Aksi perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand pastinya gamat esok, meskipun stadium tidak mencapai kapasiti penuh 80,000 penonton.

Ini kerana suara rakyat Malaysia dapat didengari di pelbagai lokasi terpilih, bukan hanya di Stadium Bukit Jalil.

Sebanyak 14 skrin besar akan di pasang di lokasi terpilih melibat sembilan negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi perkongsian di Twitternya berkata, skrin-skrin ini dipasang bagi memastikan rakyat boleh menikmati aksi Malaysia melawan Thailand, sekali gus membawa sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya ke peringkat akhir.

Inisiatif dibawa menerusi kerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara yang dipimpin Datuk Aaron Ago Dagang.

Lokasi-lokasi terpilih bagi paparan skrin perlawanan Piala AFF Malaysia menentang Thailand, esok.

Lokasi-lokasi terpilih melibatkan Wilayah Persekutuan adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Manakala di Selangor melibatkan lima lokasi iaitu di Laman MBPJ, Petaling Jaya; Dataran Kemerdekaan, Shah Alam; Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang; Dataran Stadium Kajang dan Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Sementara satu lokasi di negeri masing-masing melibatkan Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang; Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang; Meow Garden, Ulu Kinta, Perak; Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan; Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Kemudian Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang; MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak; Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.