Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Undang-Undang Syariah Tahun 2017 hari ini mencadangkan agar undang-undang syariah di negara ini diseragamkan antara semua negeri serta diperkasakan.
Penyeragaman yang dicadangkan itu meliputi semua bidang undang-undang Mahkamah Syariah, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.
"Oleh kerana ia di bawah kuasa negeri-negeri, kami akan membawa cadangan ini sebaik diperkemaskan, kepada Sultan-sultan di negeri-negeri secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Turut hadir, hampir kesemua Ketua Mahkamah Syarie negeri-negeri dan wakil Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta para pengamal undang-undang.
Mesyuarat tersebut secara dasarnya membincangkan tiga perkara, iaitu penyeragaman undang-undang Syariah, sistem pewarisan harta dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.
Ia turut mencadangkan agar hirarki Mahkamah Syariah sedia ada dinaikkan dan supaya mahkamah tersebut melantik peguam bagi kanak-kanak yang ibu bapa mereka mempunyai kes di Mahkamah Syariah.
Azizah berkata, ia antara beberapa elemen yang perlu dilihat pihak berkaitan membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
"Perkara ini bagi memastikan anak-anak tersebut mendapat hak penjagaan yang sempurna sepanjang kes melibatkan ibu bapa mereka," tambahnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Apr 18 2017
AZIZAH: Oleh kerana ia di bawah kuasa negeri-negeri, kami akan membawa cadangan ini sebaik diperkemaskan, kepada Sultan-sultan di negeri-negeri secepat mungkin. - Gambar fail
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.