Seram dilanda gempa bumi 5.5 skala richter

Bernama
Februari 3, 2019 11:27 MYT
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan. - Sumber Peta Google
Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter direkodkan melanda Seram, Indonesia pada 3.36 petang tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku di 252km selatan dari Sorong, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan setakat ini, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #Jabatan Meteorologi #Malaysia #Seram #tsunami