TUMPAT: Seramai 1,250 nelayan di seluruh negara terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur pada ketika ini.

Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusoff Othman, kebanyakan mereka berdepan kerosakan harta benda, rumah serta peralatan tangkapan ikan termasuk bot.

“Nelayan di Kelantan, Terengganu dan sebahagian di Pahang ramai yang terjejas, bagi mereka yang berdaftar dengan LKIM, kami akan salurkan bantuan.

“Hari ini, kami salurkan bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terjejas dan ia melibatkan peruntukan di bawah Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan LKIM,” jelasnya.

Beliau ditemui di majlis penyerahan bantuan wang dan keperluan asas kepada nelayan terjejas di Kompleks LKIM di sini, pada Isnin. 


LAMAN MIKRO BENCANA BANJIR 2022 ADA DI SINI


Bantuan disalurkan kepada 30 nelayan dan tiga petugas LKIM yang terjejas dalam banjir pada tahun ini. 

Tahun ini, LKIM telah menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan LKIM dengan jumlah RM1.11 juta bagi 1,337 penerima faedah, tambahnya. 

  
Banjir Kelantan | Usaha membantu nelayan terjejas