KUALA LUMPUR: Seramai 563,350 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Isnin, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu menjelaskan, seramai 905,683 individu telah menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 1,469,033 dos.
Jelasnya, seramai 9,701,690 individu sudah mendaftar dengan nisbah populasi di atas 18 tahun adalah sebanyak 40 peratus.
"Status Fasa 2, jumlah keseluruhan yang berdaftar adalah 2,977,175 dan jumlah yang telah divaksinasi sejak 19 April adalah 203,871.
"Kini semua negeri telahpun menggerakkan Fasa 2 dengan jumlah 60 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang telah diaktifkan di seluruh negara," katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Isnin.
Dalam pada itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, 1,521 jumlah kematian dicatat pada minggu ke 17 dengan purata 14 kematian sehari.
"Untuk itu terdapat penambahan berbanding minggu ke-16 iaitu sebanyak 69.6 peratus kadar kematian, dan trend kematian mencatat kenaikan sejak minggu sebelumnya," ujarnya.
Dr Adham sebelum ini mengemukakan cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat enam negeri.
Menurutnya, negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.
Ujarnya, cadangan tersebut dikemukakan bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19 terutamanya bagi negeri-negeri yang mencatatkan angka yang tinggi.
Kata beliau, cadangan berkenaan dilakukan berikutan negara masih mencatatkan angka melebihi 3,000 untuk tempoh tiga hari berturut-turut kebelakangan ini dan tidak menunjukkan penurunan.
Astro Awani
Mon May 03 2021
Jelas Khairy, seramai 9,701,690 individu sudah mendaftar dengan ratio populasi di atas 18 tahun adalah sebanyak 40 peratus. - Astro AWANI
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.