Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden menembak mati 12 orang di pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo pada Rabu.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter tengah hari tadi, Najib berkata rakyat harus memerangi ekstremisme dengan kesederhanaan.
“Kita bersatu dalam perpaduan bersama rakyat Perancis,” tulis Najib di Twitter.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turut mengutuk insiden yang membunuh 12 kartunis dan anggota polis itu.
“Mereka berkata ia dilakukan atas nama Islam tetapi mereka sebenarnya musuh Islam dan harus dibawa ke muka pengadilan.
“Sekali lagi, kita mesti menekankan bahawa serangan pengganas dan kezaliman semata-mata benar-benar tidak boleh diterima dalam Islam dan kita mengulangi betapa pentingnya keadilan dan kesederhanaan dan menolak segala bentuk keganasan dan fanatik,” kata Azmin dalam satu kenyataan.
Parti DAP turut mengutuk serangan kejam itu.
“DAP tegas mengutuk serangan kejam dan ganas itu. Orang yang melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan harus dibawa ke muka pengadilan dan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Tambahnya, walaupun parti berkenaan tidak bersetuju sepenuhnya dengan kartun di dalam majalah itu tidak ada apa yang boleh mewajarkan penggunaan cara yang ganas dan zalim terhadap pengamal media.
"Kita mesti bersatu menentang segala bentuk ekstremisme," katanya.
Beberapa pemimpin, wakil badan bukan kerajaan dan personaliti tempatan turut berkongsi pendapat mereka tentang insiden tembakan di Paris itu.
Astro Awani
Thu Jan 08 2015
NAJIB: Kita bersatu dalam perpaduan bersama rakyat Perancis. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Kerajaan disaran kaji semula kontrak bekalan alat ketenteraan dari Perancis
Akhramsyah berpendapat tindakan itu dikhuatiri akan membahayakan negara jika rakan kongsi negara berkenaan terus mengamalkan sikap anti Islam.
Pendirian Macron sukarkan proses perdamaian kaum, Islamofobia - Penganalisis
Pendekatan Presiden, Emmanuel Macron yang dilihat menekankan nilai permusuhan dan Islamofobia, menyukarkan lagi jalan perdamaian.
Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.
Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Dua individu dilaporkan maut dalam satu kejadian serangan di sebuah gereja di bandaraya Nice, Perancis pada Khamis.
Karikatur nabi: Jangan ambil tindakan luar batasan agama, undang-undang - Jakim
Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata ini kerana tindakan itu dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak harmoni antara penganut berbilang agama di negara ini.
Macron tidak hormat kebebasan beragama, bersifat perkauman - NGO
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menegaskan rakyat Malaysia perlu untuk bangkit bersama menunjukkan bantahan mengikut ruang lingkup undang-undang.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya ucapan benci dan fitnah Islam
Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia selagi mana ia digunakan secara bertanggungjawab dan penuh hormat, sekali gus tidak menafikan serta melanggar hak pihak lain.
Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.
Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
Dr Zulkifli menulis surat khusus berhubung isu karikatur Nabi Muhammad SAW oleh Charlie Hebdo kepada Duta Perancis di Malaysia.
Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
Protes itu juga sebagai respons kepada tindakan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mempertahankan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa kartun itu ke dalam kelasnya.