KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman ahli politik itu tiga tahun lepas.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, ketika dihubungi berkata mahkamah telah mengarahkan Anwar agar memfailkan penyataan pembelaan beliau selewat-lewatnya 28 Sept ini.
"Mahkamah turut menetapkan 29 Okt depan sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya," katanya selepas prosiding pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.
Peguam Ranjit Singh, yang mewakili Anwar, ketika mengesahkan perkara itu berkata mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak agar memfailkan sebarang permohonan interlokutari sebelum 29 Okt.
Pada 14 Julai lepas, Muhammed Yusoff, 28, memfailkan saman mendakwa serangan seksual telah berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut.
Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.
Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan penyataan pembelaan dalam saman yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidiknya Muhammed Yusoff Rawther. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Lagi 7 saman baharu difail ke atas Sean 'Diddy' Combs
Dua selebriti yang tidak dinamakan turut diheret dalam dakwaan serangan seksual ke atas remaja berusia 13 tahun pada 2000.
Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs
Enam saman baharu dikemukakan ke atas bintang terkenal Hollywood itu melibatkan serangan seksual yang berlaku antara 1995 hingga 2021.
Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000
Pemain bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo disabitkan dengan kesalahan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot.
Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung parkit Espanyol.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan seksual ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai runcit di Taman Krubong Jaya dekat sini Selasa lalu.
Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.
Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.
Bapa dihukum penjara 13 tahun kerana lakukan serangan seksual terhadap anak perempuan
Seorang bapa terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuan yang berumur 13 tahun lima tahun lepas.