KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi terhadap Bursa Malaysia mendakwa pengendali bursa tempatan itu bertindak melebihi kuasanya termasuk menggantung dagangan saham syarikat berkenaan di Pasaran Utama Bursa pada 22 Okt lepas.

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu, yang memfailkan saman tersebut pada 3 Nov lepas, menamakan Bursa Malaysia sebagai defendan tunggal.

Selain itu, SDHB memohon ganti rugi dan kos daripada Bursa Saham.

Kes itu ditetapkan untuk pendengaran permohonan injunksi di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin pada 11 Nov ini.

-- BERNAMA