KULIM: Mahkamah Majistret Kulim hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 terhadap seorang tukang kebun selepas mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing.
Majistret Jamaliah Abd Manaf menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh Md Yusof Majid, 66, selepas mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing dengan cara mengikat haiwan tersebut di bahagian kaki dan mengheret menggunakan motosikal.
Mengikut pertuduhan tertuduh melakukan perbuatan itu pada jam lebih kurang 7.30 pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung di sini, 9 Jun lalu.
Atas kesalahan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Lim Jin Hong.
Ketika pembelaan, peguam tertuduh Amir Hamzah A Rahman merayu agar denda minimum RM1,000 dikenakan kerana tertuduh hanya memperoleh pendapatan RM1,500 selain perlu menyara isteri dan seorang anak.
Tertuduh juga dikatakan menghidap sakit jantung, darah tinggi dan sawan serta akan mendatangkan masalah kepada keluarga sekiranya dihukum penjara.
Menurut Amir Hamzah, tertuduh telah menyesal atas perbuatan itu dan menjelaskan bahawa kejadian dikatakan berpunca daripada tindakan sekumpulan anjing liar yang sering masuk ke kawasan sekolah dan mencemarkan persekitaran.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran awam.
Majistret Jamaliah kemudian memerintahkan hukuman denda sebanyak RM2,500 serta menasihati tertuduh agar tidak bertindak sendiri dalam kes itu kerana sepatutnya perlu melaporkan kejadian kepada pihak sekolah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar.
Jelasnya, walaupun mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, namun hukuman yang dikenakan adalah satu bentuk pengajaran selain menasihati supaya tidak mengulangi kesilapan itu pada masa depan.
Sebelum ini, video berdurasi dua minit 13 saat tular di media sosial memaparkan kejadian di mana seorang lelaki dipercayai mengheret seekor anjing sehingga ke luar kawasan sekolah menyebabkan berlaku kecederaan ke atas haiwan berkenaan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 13 2024
Md Yusof mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing dengan cara mengikat haiwan tersebut di bahagian kaki dan mengheret menggunakan motosikal. - Foto Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Seret anjing guna motosikal, tukang kebun didenda RM2,500
Seorang tukang kebun didenda RM2,500 selepas mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing.