PUTRAJAYA: Setahun menerajui Kementerian Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui terdapat beberapa isu yang menjadi keutamaannya untuk diselesaikan, jika mempunyai masa.
Dalam sidang media pada Rabu, Khairy memaklumkan, biarpun gembira dengan pencapaian KKM, beberapa perkara seperti prasarana kesihatan dan isu membabitkan tenaga kerja masih belum dapat ditangani sepenuhnya.
"Semenjak beberapa minggu yang lepas saya telah melawat ke fasiliti-fasiliti kesihatan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar di Sabah, Sarawak dan negeri negeri-negeri lain. Saya melihat status prasarana kesihatan kita bukan semua tetapi banyak yang berada dalam keadaan yang boleh dikatakan sebagai daif.
"Sekiranya diberikan waktu tambahan, mestilah itu menjadi salah satu daripada keutamaan supaya kita tidak membazirkan pengalaman semasa pandemik.
"Pengalaman pandemik mengingatkan rakyat bahawa kesihatan bukan sahaja sakit pergi hospital tetapi juga langkah langkah dan strategi pencegahan serta gaya hidup yang sihat, klinik klinik kesihatan yang moden yang boleh diakses yang pakar perubatan keluarga yang boleh mengurus kesihatan awam dengan lebih baik.
"Kedua dari segi sumber manusia, walaupun isu doktor kontrak tak dapat kita bagi jawatan tetap kepada semua tapi sekurang-kurangnya kita dapat deliver penambahan jawatan yang terbesar sejak sistem kontrak diperkenalkan pada tahun 2017, kita menawarkan hampir 4,000, ia adalah penambahan yang paling besar sejak tahun 2017.
"Ada perkhidmatan lain juga di dalam di bawah Kementerian Kesihatan yang saya belum sempat tangani isu mereka, seperti perkhidmatan jururawat dari segi kenaikan pangkat dan juga kekurangan jururawat di fasiliti kesihatan.
"Itu tidak termasuk pegawai-pegawai daripada allied health seperti penolong pegawai kesihatan, pakar fisio, semua ada permintaan masing-masing yang belum lagi saya dapat menangani dan memang ada dalam perancangan saya," katanya dalam sidang media khas Pencapaian Setahun Menteri Kesihatan, di sini.
Beliau menambah, dalam tempoh setahun KKM telah berjaya mewujudkan 4,186 jawatan tetap tambahan, 800 jawatan tetap pakar perubatan dan 70 pakar pergigian.
"Saya juga telah memastikan bahawa tambang mengunjungi wilayah asal dapat diberikan kepada pegawai yang masih menjalani khidmat wajib, pemanjangan cuti khas perubatan seperti cuti barah dan lain-lain kepada pegawai pergigian dan farmasi di bawah kontrak, termasuk yang sedang mengikuti latihan siswazah, dan pembukaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada pegawai kontrak.
"Saya juga telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi penambahbaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan. Antara yang akan kita laksanakan adalah sistem aduan yang baharu.
"Sebelum ini tidak ada sistem aduan yang jelas bagi pegawai-pegawai perubatan junior tetapi mulai Oktober, mereka akan dapat menggunakan sistem aduan khusus bagi memudahkan pegawai membuat aduan kes buli ataupun kes-kes yang ada kaitan dengan disiplin atau budaya kerja yang toksik dan tindakan susulan segera dapat diambil menerusi tatacara yang lebih telus serta menjaga kerahsiaan pelapor," katanya lagi.
Turut dilaksanakan ialah peluasan sistem penilaian sistem penilaian 360 di mana pengarah hospital bukan sahaja akan dinilai orang ketua mereka tetapi juga rakan sebaya serta pegawai bawahan, dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Madiha Abdullah
Wed Sep 21 2022
Khairy memaklumkan, beberapa perkara seperti prasarana kesihatan dan isu membabitkan tenaga kerja masih belum dapat ditangani sepenuhnya. - Bernama
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.