Setiap hari KKM beri nasihat patuh SOP, sedih lihat keadaan begini - KP Kesihatan

Fauzi Suhaimi
Julai 28, 2020 07:15 MYT
Noor Hisham zahir rasa terkilan kerana hampir setiap hari KKM ingatkan rakyat untuk patuh SOP. - Foto BERNAMA
'Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri'
Itu luahan kecewa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.
Beliau menzahirkan rasa terkilan kerana hampir setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan bersama bersama sebilangan besar penyokong berbaju #BossKu menzahirkan solidariti kepada bekas Perdana Menteri itu. #KesNajibRazak pic.twitter.com/7Yxh3zK73r

— Initial: FA (@FirdausAzil) July 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri," luahnya.
BACA: Kes SRC Najib: Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baharu
BACA: Ramai bimbang 'kluster mahkamah', polis ingatkan penyokong Najib tentang penjarakan sosial
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #Noor Hisham Abdullah #operasi #penjarakan sosial #prosedur operasi standard #rakyat #SOP #Twitter