KUALA LUMPUR: Setiap kementerian harus menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan wajib dipaparkan kepada khalayak umum supaya ia dapat dinilai dan dipantau rakyat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Rais Hussin berpendapat bahawa kerajaan perlu telus dengan setiap perancangan mereka dan bertanggungjawab atas setiap kejayaan mahupun kegagalan masing-masing.
“Saya berharap sungguh dalam laman web setiap kementerian, jangan letak gambar menteri sahaja, letak KPI juga - apakah pencapaian mereka bersesuaian mengikut tempoh masa yang ditetapkan - perlu ada dan perlu dipantau.
“Kita perlu beranjak daripada bentuk pentadbiran yang terdahulu dan ia mesti berlaku,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Beliau mengambil contoh New Zealand dan negara-negara Skandinavia yang maju dengan urus tadbirnya di mana mereka menyatakan apa yang mahu dicapai dan berani meletakkan jawatan sekiranya gagal memenuhi apa yang telah ditetapkan.
Maka tegasnya, budaya lama di mana menteri rasa besar dengan kedudukannya perlu ditinggalkan dan mereka seharusnya sedar bahawa peranan sebenar yang dipegang adalah pekerja kepada rakyat.
Beliau mengakui Kabinet baharu yang dibentuk Perdana Menteri tidak seperti yang dimahukan, namun diharapkan agar kekurangan yang ada dapat diatasi dengan kelebihan yang dimiliki untuk bersama membawa Malaysia ke arah yang betul.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
“Ingat, (gelaran YB) ini adalah ‘Yang Berkhidmat’ bukan ‘Yang Berhormat’, anda dibayar oleh rakyat untuk menjalankan tugas anda.
“Saya berharap juga menteri-menteri ini tidak tengok kepada kementeriannya sahaja, atau balik buat kenduri kesyukuran, tapi perlu pendekatan menyeluruh.”
Israr Khalid
Fri Dec 02 2022
RAIS: "Saya berharap sungguh dalam laman web setiap kementerian, jangan letak gambar menteri sahaja, letak KPI juga." - Foto fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lawatan Anwar ke Arab Saudi perlu dilihat dari perspektif holistik - Penganalisis
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini harus dilihat dari perspektif holistik dan sihat.
Syarikat cleantech adalah jalan terbaik Malaysia - CEO EMIR Research
Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang mampu meningkatkan kesihatan jangka panjang alam sekitar.
Setiap kementerian wajib papar KPI masing-masing - Rais Hussin
Kerajaan perlu telus dengan setiap perancangan mereka dan bertanggungjawab atas setiap kejayaan mahupun kegagalan masing-masing.
Rais dah keluar parti, ahli Bersatu lain bila nak keluar? - Zahid Hamidi
Kata Ahmad Zahid, sekiranya Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, adalah sudah terlambat untuk berbuat demikian.
Biar kerajaan bertukar ganti, institusi antirasuah harus terus kukuh - Rais Hussin
Dr Rais berkata, pelbagai jenis undang-undang rasuah yang ketat boleh diwujudkan, namun ia harus selari dengan komitmen masyarakat.
Majoriti rakyat Malaysia setuju sistem pendidikan satu aliran - Kajian
Menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan EMIR Research pada Disember 2020, sejumlah 54 peratus responden bersetuju dengan cadangan itu.
Kerajaan perlu bijak tangani kemarahan dan kekecewaan sebilangan rakyat
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak menguruskan kekecewaan dan kemarahan dari kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati.
Perikatan Nasional boleh 'pinjam' manifesto dari mana-mana parti - Jahaberdeen
Kerajaan Perikatan Nasional berada dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai mana-mana manifesto dari mana-mana parti selagi ia membawa manfaat untuk rakyat.
'Idea kereta terbang itu sampah!' - Rais Hussin
Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya.
The 'black credit card' from Goldman Sachs to Malaysia
In the case of 1MDB, what Goldman Sachs did to Malaysia was akin to issuing a credit card with no spending limit to a gambling addict. Datuk Dr Rais Hussin writes.