KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa cek berjumlah RM9.5 juta yang diterima Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 dan 2014, digunakan untuk membeli sebuah rumah banglo di Bukit Tunku, di sini.
Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nasharudin Amir, 49, berkata Muhammad Shafee membuat pengakuan itu ketika percakapannya dirakam oleh beliau (Mohd Nasharudin) pada 28 Julai 2017.
"Berdasarkan jawapan yang diberikan Muhammad Shafee dalam rakaman percakapan, dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta yang diterima daripada Najib sebagai bayaran khidmat nasihat guaman yang diberikan peguam itu kepada bekas perdana menteri berkenaan dan parti, digunakan untuk membeli rumah bernilai RM9.5 juta," katanya.
Mohd Nasharudin yang ketika itu Ketua Unit Siasatan Cawangan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya, berkata Muhammad Shafee memberitahunya bahawa pemberian cek RM9.5 juta itu, tiada kaitan dengan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes rayuan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ketiga perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).
Menurut saksi itu, Muhammad Shafee juga memberitahunya bahawa beliau tidak mengetahui punca wang bagi kedua-dua cek yang beliau terima dan tidak pernah bertanyakan kepada Najib dari mana punca wang tersebut.
Semasa disoal balas peguam Harvinderjit Singh, saksi itu berkata beliau tidak ingat sama ada telah meminta sebarang dokumen berkaitan pembelian rumah berkenaan daripada Muhammad Shafee ketika rakaman percakapan direkodkan.
Sementara itu, Penolong Penguasa di Cawangan Siasatan D, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Zulfaqar Mohd Khalil, 29, berkata ketika merakam percakapan Muhammad Shafee pada 11 September 2018, di ibu pejabat suruhanjaya itu, peguam berkenaan juga memberitahu bahawa wang tersebut digunakan untuk pembelian tanah dan banglo tiga tingkat.
Saksi pendakwaan kelima itu berkata Muhammad Shafee memaklumkan demikian selepas beliau dirujuk dokumen asal perjanjian jual beli bertarikh 21 Februari 2014 semasa rakaman percakapannya diambil.
Zulfaqar berkata Muhammad Shafee turut memaklumkan bahawa beliau memberi khidmat guaman kepada klien daripada Barisan Nasional, berkaitan petisyen pilihan raya bagi 2004 hingga 2006, dengan 46 fail telah dibuka.
"Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa beliau telah berjumpa Najib pada 5 September 2013, dan menyatakan jumlah keseluruhan kos khidmat guaman yang telah diberikan adalah kira-kira RM12 juta. Beliau mencadangkan kepada Najib sekiranya bayaran hendak dibuat, jumlah sebenar adalah RM11.5 juta.
"Dalam perjumpaan itu, Muhammad Shafee mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada Najib bahawa beliau memerlukan duit untuk membeli rumah bernilai RM9.5 juta dan Najib memberitahu kepada peguam itu untuk mengambil RM9.5 juta terlebih dahulu sebelum memberikan dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta.
"Menurut Muhammad Shafee, Najib bersetuju supaya RM9.5 juta sebagai pinjaman sehinggalah beliau dan Najib membuat 'rationalisation'," kata saksi berkenaan.
Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Saksi pendakwaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ketiga perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib. - Gambar fail
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Tunggakan cukai: Muhammad Shafee perlu bayar RM5.5 juta kepada LHDN
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkaitan kes tunggakan cukai.
Pendakwaan tarik balik rayuan, keputusan lepas dan bebas Shafee kekal
Penarikan balik rayuan itu bermakna pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Tunggakan cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee, LHDN akan selesai kes
Muhammad Shafee dan LHDN memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa, kes tuntutan tunggakan cukai pendapatan, berada dalam proses penyelesaian.
Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana 1MDB.
1MDB: Kekalkan atau tarik balik 3 pertuduhan, kata peguam Najib
Muhammad Shafee meminta supaya mengekalkan atau menarik balik tiga pertuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram, daripada memindanya.