Pihak pendakwaan dalam prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahankan mengenai pengendalian bahan bukti DNA yang tidak terdedah pada pencemaran akibat kandungannya diusik.
Barisan pendakwaan yang diketuai peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menekankan lagi perkara itu hari ini kepada media selepas prosiding rayuan kes tersebut ditangguhkan sekitar jam 4 petang tadi di Mahkamah Persekutuan.
“Apa yang mahu dijelaskan oleh pihak kami adalah mengenai pegawai penyiasat yang mengendalikan spesimen bahan bukti DNA dari bahan bukti lokap dan juga yang diambil dari tubuh Saiful.
“Adalah salah untuk menuduh mereka mengacau ganggu spesimen itu. Ia (kandungan) langsung tidak dibuka. Sama juga dengan tuala yang diterima. Ia dibungkus rapi,” jelas Muhammad Shafee.
Dalam hujah sebelum ini, Muhammad Shafee sudah mengemukakan testimoni dan huraian tentang cara spesimen tersebut diterima, dibungkus dan disimpan.
Begitupun, pihak peguambela Anwar banyak kali mendakwa Supt. Jude Pereira yang menerima bahan bukti itu tidak menguruskannya dengan baik.
Antara lain, Jude dikatakan telah membuka spesimen yang dibungkus rapi, menanda semula dan meninggalkan pencemaran pada kandungan.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Shafee memberi reaksi tentang sentimen yang mengatakan kes tersebut dijadikan ‘senjata’ untuk menamatkan kerjaya Ketua Pembangkang tersebut.
“Kes ini adalah kes (gangguan seksual) yang melibatkan ahli politik. Apabila mereka (ahli politik) dalam masalah, mereka selalunya akan melaungkan soal ‘konspirasi’,” jelas beliau yang menegaskan bahawa kes liwat yang sedang dibicarakan itu sama sekali tidak bermotif politik.
Dalam prosiding hari kelapan itu, ia hanya berlangsung kira-kira 40 minit. Ia adalah sesi prosiding terpendek sejak bermula pada 28 Oktober lalu. Semalam merupakan sesi yang paling meletihkan apabila ia bermula pada jam 9.30 pagi dan berlanjutan sehingga jam 7 malam.
Hanya tinggal satu pertanyaan yang masih dinanti-nanti ramai iaitu tentang keputusan panel lima hakim dalam kes tersebut.
Apabila diasak tentang kemungkinan masa bagi para hakim meneliti keseluruhan hujah kedua-dua belah pihak, Muhammad Shafee menganggarkan bahawa mereka akan mengambil masa lebih kurang satu hingga dua minggu untuk mendapatkan keputusan penuh.
"Adalah normal bagi hakim untuk menangguhkan sidang seperti ini. Mereka memerlukan banyak masa untuk meneliti keseluruhan hujah daripada kedua-dua belah pihak," kata beliau.
Sementara itu, Anwar yang ditemui di luar kamar mahkamah, begitu yakin dengan hujah para peguamnya dan percaya tiada sebab untuk diri beliau disabitkan dengan kesalahan tersebut.
Sambil memuji barisan peguamnya yang dikatakan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, Anwar memberitahu: “Saya tiada sedikitpun kebimbangan atas apa yang berlaku, (memandangkan) kesediaan Mahkamah Persekutuan yang mendengar dengan teliti segala hujah.”
Hamzah Hamid
Fri Nov 07 2014
Muhammad Shafee berkata pihak hakim memerlukan banyak masa untuk meneliti keseluruhan hujah. - Foto fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.