Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah

Agensi
November 24, 2021 04:36 MYT
Penangkapan Aryan Khan oleh Biro Kawalan Narkotik India didakwa dimanipulasi sehingga menyebabkan Shah Rukh Khan mahu mengambil tindakan undang-undang terjadap agensi itu. - Gambar fail
MUMBAI: Susulan laporan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Bombay mengenai perintah ikat jamin Aryan Khan dengan menyatakan hampir tidak ada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah, aktor Shah Rukh dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik (NCB).
Superstar Bollywood itu telah dinasihatkan oleh pasukan peguamnnya untuk menyaman Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah sehingga menuduh Aryan Khan tanpa ada bukti yang kukuh.
Ekoran tangkapan yang dibuat oleh NCB, anak sulung Shah Rukh Khan itu terpaksa meringkuk di Penjara Arthur Road semalam lebih tiga minggu.
Lebih membuatkan Shah Rukh Khan dan pasukan peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang adalah kerana mahkamah turut memaklumkan kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penyiasat adalah tidak sah dan oleh itu NCB tidak boleh bergantung kepada mereka.
Aryan Khan yang berusia 23 tahun ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh NCB di Mumbai pada awal Oktober lalu.
BACA: Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran
BACA: Anak Shah Rukh Khan disiasat kes salah guna dadah di kapal persiaran
BACA: 10 minit yang bermakna, akhirnya Shah Rukh Khan 'bertemu' Aryan
Dakwaan penglibatan Aryan Khan mencetus pelbagai tanda tanya berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.
Nawab Malik, seorang menteri Kerajaan Maharashtra sebelum ini menuduh agensi dadah yang dikawal kerajaan persekutuan, tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak lelaki pelakon itu.
Media pula melaporkan, tiada sebarang dadah terlarang ditemukan pada Aryan.
BACA: Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin
#Shah Rukh Khan #anak Shah Rukh Khan #Aryan Khan #kes dadah