SUNGAI PETANI: Seramai 100 penghantar makanan menerima sumbangan berbentuk perlindungan insurans bernilai RM100,000 yang ditaja sepenuhnya oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff.
Menurut Shahanim, inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.
“Sumbangan ini adalah sebagai persediaan untuk setiap penghantar makanan menghadapi perkara yang tidak diingini seperti terlibat dalam sebuah kemalangan pada masa yang akan datang.
“Perlindungan ini amat penting kepada penghantar makanan yang terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya,” katanya.
Menurutnya sumbangan tersebut bertujuan untuk memastikan para penghantar makanan di Sungai Petani mendapat perlindungan insurans.
“Daripada memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit, lebih baik jikalau sumbangan ini diberikan dalam bentuk perlindungan insurans.
“Sumbangan ini bukan sekadar memberikan perlindungan semata-mata, tetapi bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penghantar makanan akan kepentingan memiliki perlindungan insurans untuk menjamin kehidupan yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Sumbangan ini disampaikan sewaktu sesi beramah mesra bersama penghantar makanan di sekitar Sungai Petani, Kedah pada Rabu.
Astro Awani
Thu Oct 13 2022
Menurut Shahanim sumbangan tersebut bertujuan untuk memastikan para penghantar makanan di Sungai Petani mendapat perlindungan insurans. - Gambar fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
PRU15: Misi berbeza dua calon wanita di Kedah
PRU-15 bakal menyaksikan 127 calon wanita akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 60 lagi calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah.
Karnival Anak Muda Sungai Petani sasar 3,000 pengunjung
Karnival Anak Muda yang berlangsung selama satu hari itu akan memfokuskan pada pameran Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya dengan menampilkan penglibatan beberapa agensi di bawah Mara dan Mara Corp.
Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan
Inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.
Shahanim wakaf MPV untuk kebajikan penduduk Sg Petani
Langkah itu bagi memudahkan masyarakat setempat yang mempunyai masalah kenderaan.
KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.
Tiada kuota bagi kemasukan pelajar dari kumpulan B40 ke MRSM
Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak menetapkan sebarang kuota bagi calon daripada kumpulan keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dalam proses pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).