Shalwati dan Azizul setuju anak-anak dijaga pasangan Islam dari Malaysia

Zan Azlee
Januari 29, 2014 23:47 MYT
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin bertemu dengan pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nurshal.
Menurut Hamzah, pasangan tersebut berada di dalam keadaan sihat dan telah bersetuju untuk membenarkan anak-anak mereka diletakkan di bawah jagaan pasangan Islam dari Malaysia di Sweden.
Kes Shalwati dan Azizul akan di dengar hari ini di Mahkamah Daerah Solna, Stockholm di mana keputusan samada mereka akan didakwa, dilanjutkan penahanan atau dibebaskan akan diketahui.
##SwedenLetThemGo #anak/children #Azizul Raheem Awalludin #Malaysia #Shalwati Nurshal #Sweden #Wisma Putra