KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memperolehi undi tertinggi untuk kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sehingga pukul 10 pagi Ahad, Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri mendapat 134 undi bahagian diikuti Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang memperoleh 131 undi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di tempat ketiga dengan 130 undi bahagian manakala Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendapat 124 undi bahagian untuk berada di tempat keempat.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendapat 124 undi manakala Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii juga tersenarai dalam MKT bagi penggal 2023-2026.

Selain itu, Ketua Penerangan UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil juga berada dalam senarai 25 anggota MKT kali ini.

Berikut merupakan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 10 pagi Ahad.

PENGERUSI TETAP
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah

NAIB PRESIDEN
1. Datuk Sri Wan Rosdy  Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
3. Datuk Seri Johari  Abdul Ghani

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
1. Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah
2. Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
3. Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
4. Datuk Seri Ahmad Maslan
5. Datuk Seri Bung Moktar Radin
6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
8. Datuk Azian Osman
9. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
10. Datuk Ir Shaik Hussein Mydin
11. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii
12. Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad
13. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
15. Datuk Zahida Zarik Khan
16. Datuk Mohd Puad Zarkashi
17. Datuk Johan Abdul Aziz
18. Hizatul Isham Abdul Jalil
19. Datuk Seri Ahmad Said
20. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
21. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
22. Datuk Lokman Noor Adam
23. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman
24. Datuk Suraya Yaacob
25. Datuk Seri Jalaluddin Alias