SEPANG: Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sheikh Al-Azhar diberikan upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan.
Penerbangan komersial membawa Sheikh Al-Azhar berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 9 pagi ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
Dalam rangka lawatan khas empat hari bermula Selasa lepas, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar di Istana Negara semalam.
Sheikh Al-Azhar turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Penganugerahan kepada Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir itu disempurnakan Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dalam Majlis Konvokesyen Khas.
Anwar menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan oleh dunia Islam.
Beliau berkata, Sheikh Al-Azhar yang dikenali sebagai ketua ilmu telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Sheikh Al-Azhar melintasi kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) selepas menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia di KLIA, hari ini. - Gambar Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
PM Anwar ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
PM akan adakan pertemuan sekali lagi dengan Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
Sheikh al-Azhar adakan lawatan rasmi ke Malaysia 2 hingga 5 Julai
Ketua Institusi Al-Azhar (Sheikh Al-Azhar), Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama empat hari bermula Selasa ini.