KUALA LUMPUR: Platform e-dagang, Shopee dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menjalin kerjasama unik sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Shopee dalam kenyataan memaklumkan menerusi beberapa inisiatif, kerjasama itu bertujuan untuk menanam rasa cinta dan penghargaan yang lebih dalam kepada negara dan mempromosikan perpaduan ketika negara merayakan Hari Kebangsaan di tengah-tengah pandemik.
Menurut Shopee, kerjasama itu bermula dengan tayangan 'Dari Merdeka ke Malaysia', iaitu siri dokumentari bersejarah yang memaparkan perjalanan negara mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bersama dengan warisan dan budaya rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi Shopee Terence Pang berkata mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan Finas dan diberikan peluang untuk menayangkan dokumentari mengenai struktur sejarah Malaysia yang akan disiarkan secara penstriman langsung menerusi Shopee Live pukul 9.30 malam pada 30 dan 31 Ogos serta 6, 7, 13, 14 dan 16 Sept ini.
"Dokumentari 'Dari Merdeka ke Malaysia' ini memaparkan perkara paling penting - perpaduan dan ketabahan - terutama pada masa-masa sukar ini. Shopee ingin menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan semua rakyat Malaysia," katanya.
Dalam meraikan komuniti peniaga tempatan, Shopee juga akan membuat pengambilalihan laman Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-Ecommerce yang dinamakan #ShopeeSapotLokal masing-masing pada 31 Ogos dan 16 Sept.
"Rakyat Malaysia akan menerima baucar lebih besar yang menawarkan diskaun hingga 31 peratus apabila membuat pembelian daripada peniaga Malaysia pada dua hari berkenaan," menurut Shopee.
Pada masa sama, Shopee akan melancarkan video muzik animasi Hari Kebangsaan yang akan memaparkan enam penjual tempatan dan perjalanan e-dagang mereka di Shopee. Lirik untuk video muzik itu ditulis dan akan dipersembahkan oleh penyanyi rap Malaysia Kayda Aziz.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata Finas selalu berusaha untuk mempromosi, memupuk dan membantu pembangunan industri filem tempatan.
"Kerjasama strategik dengan Shopee membolehkan kami mengukuhkan strategi pembangunan kapasiti dengan pembuat filem baharu dan mempelbagaikan penonton dalam platform itu," katanya.
Inisiatif 'Dari Merdeka ke Malaysia' dan #ShopeeSapotLokal adalah sebahagian daripada 9.9 Super Shopping Day yang sedang berlangsung hingga 9 Sept iaitu pembeli boleh menebus penghantaran percuma dan baucar pulangan tunai syiling 99 peratus, kedua-duanya tanpa perbelanjaan minimum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Kerjasama itu bermula dengan tayangan 'Dari Merdeka ke Malaysia', iaitu siri dokumentari bersejarah yang memaparkan perjalanan negara mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. - Foto fail
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Shopee kongsi tarikh akhir penghantaran barangan untuk diterima sebelum Hari Raya
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan membuat perancangan dan tidak membuat pembelian barangan pada saat akhir.
Shopee tingkat caj yuran komisen penjual - naik hingga sekali ganda
Shopee menyatakan yuran ini akan dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari sahaja.
Shopee kenakan caj 'Kos Penghantaran SST' untuk pembelian bermula hari ini
Shopee menyatakan caj SST ke atas yuran penghantaran ini dikutip berdasarkan kepada Jumlah Kos Penghantaran selepas ditolak diskaun.
Shopee umum peningkatan kadar caj selari peningkatan cukai SST berkuat kuasa 1 Mac
Selari dengan itu, caj perkhidmatan di Shopee turut memperlihatkan peningkatan, meliputi caj transaksi, caj komisyen, dan pelbagai caj lain.
Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.
9 daripada 10 rakyat Malaysia gemar beli belah dalam talian, 60 peratus sokong penjual tempatan
Ia merupakan dapatan utama dalam kajian pasaran platform e-dagang, Shopee melibatkan lebih 3,000 responden yang dijalankan pada Julai dan Ogos tahun ini.
Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman
Kempen itu adalah kerjasama kedua dengan Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) sejak 2021.
Lima gajet ini boleh jadikan rumah anda kediaman pintar
Bayangkan anda memberi arahan atau berinteraksi secara verbal dengan teknologi dan gajet untuk memudahkan urusan harian.
Malas kemas rumah? Ini senarai produk bantu mudahkan kerja anda
Tunggu apa lagi? Dapatkan produk yang disenaraikan sekarang dan rasai pengalaman mengemas rumah yang menakjubkan.
Shopee, Finas bekerjasama sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Kerjasama itu bertujuan untuk menanam rasa cinta dan penghargaan yang lebih dalam kepada negara.