SEMUA mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden PAS yang akan diadakan dua minggu lagi masih belum membuat keputusan, kecuali penyandangnya Mohamad Sabu. Mohamad awal-awal telah menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan jawatan itu.
Mohamad seakan telah mengunci kedudukan dan hasratnya itu apabila beliau dipetik sebagai berkata dia sanggup 'kalah' dalam gelanggang apabila diajukan cadangan agar beliau berkompromi dan tidak bertanding. Pernyataan Mohamad itu menjelaskan pendiriannya. Ia tidak mungkin lagi di'ogeh' untuk merubah kedudukan itu seterus merubah senario perebutan jawatan nombor dua itu.
Walaupun ada suara dan pandangan mengenai Mohamad, mengenai kemunasabahannya menjadi orang nombor dua dalam PAS bergandingan dengan Abdul Hadi Awang, tetapi selama lebih dua tahun beliau menjawat jawatan itu beliau telah menunjukkan keupayaannya.
Gandingan beliau dengan Abdul Hadi yang dilihat tidak begitu agresif dalam menggerakkan politik PAS sebagai sebuah 'gerakan politik-sosial', menjawab persoalan negatif terhadap timbalan presiden parti Islam itu.
Setakat ini peranan Mohamad untuk menjadikan PAS sebagai sebuah gerakan politik dan tidak hanya gerakan Islam dan dakwah semata-mata agak memuaskan. Kedudukan atau pencapaian Mohamad itu menjadikan tidak ada sebab untuk merehatkan beliau. Lainlah kalau PAS sudah mahu menjadikan PAS sebagai sebuah gerakan Islam haraki mungkin kedudukan Mohamad di situ tidak diperlukan. Mohamad dilihat sebagai 'mesin' atau pun nadi pilihan raya PAS.
Namun hakikat yang berlaku dalam PAS hari ini termasuk juga pencapainnya bersama Pakatan Rakyat, PAS memerlukan tenaga penggerak seperti Mohamad. Beliau mungkin tidak dominan sebagai pemikir Islam, bukan penghafal hadith atau dalam istilah digunakan Dewan Ulamak tidak 'fakeh' agama, atau juara menganjurkan itjimak atau apa, tetapi beliau masih mampan sebagai aktvis parti dan pejuang rakyat.
Oleh kerana PAS juga menceduk sistem demokrasi barat, maka perebutan jawatan boleh dilakukan dan sesiapa saja yang merasakan dirinya mampu membawa idea-idea baru, pemikiran agresif demi memajukan PAS, boleh bertanding. Rekod perkhidmatan yang dimiliki oleh Mohmad itu boleh dicabar dengan keyakinan idea yang bakal dibawa oleh pencabarnya lebih canggih dan impaktif.
Justeru mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan itu boleh mencuba kerana mereka tidak terikat dengan apa-apa halangan. Ada empat orang yang dicalonkan untuk mencabar kedudukan Mohamad. Mereka ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah dan Salahuddin Ayub. Bagaimana pun Salahuddin telah membuat kenyataan yang beliau tidak bersedia untuk merebut jawatan itu dan memilih untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya kini, naib presiden.
Kalau hendak dikira Salahuddin lebih relevan untuk mencabar Mohamad memandangkan beliau adalah naib presiden yang mendapat undi terbanyak semasa pemilihan jawatan naib presiden 2011 dahulu. Namun ketidaksediaan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dua penggal itu menganjakkan dirinya ke atas menunjukkan beliau seorang yang sangat mementingkan kesejahteraan parti dari mengejar kedudukan.
Seperti sedia maklum Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa dan Mohd Amar masih menanti dan menunggu masa untuk membuat penegasan apakah mereka akan menerima pencalonan atau pun tidak. Masing-masing sedang membuat percaturan atau istikharah. Husam tokoh yang dilihat ada minat untuk merebut jawatan itu sebagai mengulangi percubaanya sebelum ini masih menanti masa dan melihat keadaan. Husam menjadikan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk dijadikan pertimbangannya membuat pendirian.
Katanya beliau menunggu sikap dan pendirian Tuan Ibrahim. Kenapa? Apakah yang sedang diperhati oleh Husam? Dalam tilikan saya, Husam tidak akan ikut merebut jawatan itu sekiranya Tuan Ibrahim yang secara tunggal mencabar Mohamad Sabu. Beliau tidak mahu mengambil risiko. Tetapi kalau Mohd Amar yang mencabar Mohamad setelah diberi laluan oleh Tuan Ibrahim saya menjangkakan Husam juga akan turut sama bertanding. Maka pertandingan tiga penjuru akan berlaku.
Apa lagi kalau kedua-dua mereka bertanding Husam sudah pasti akan ikut sama mencabar Mohamad Sabu bagi memeriahkan demokrasi di dalam PAS. Apakah sejarah akan tercatat di dalam PAS bahawa muktamar ini merupakan muktamar yang akan menyaksikan lebih daripada tiga mencabar jawatan nombor dua?
Kesimpulan awal yang dapat dibuat di sini kedudukan Mohamad Sabu setakat ini besar kemungkinan hanya akan dicabar oleh Tuan Ibrahim. Nik Amar walaupun ada desakan kecil terhadapnya agar menjadi pencabar Mohamad Sabu tetapi timbalan menteri besar itu dikira tidak berani untuk berbuat demikian walaupun ada sokongan padu dari Tuan Ibrahim. Diharap Nik Amar mengukur badan sendiri dan jangan membeli baju bersaiz free.
Nik Amar sendiri mungkin menyedari kekuatan dan pengaruhnya. Kedudukannya sebagai Timbalan MB memang sudah ada gah dan aura tetapi status itu tidak menjamin kekuatan sokongan kepadanya. Jawatan Timbalan MB itu lagipun baru sahaja dijabatnya belum sampai setahun. Beliau yang dilihat low profile selama ini bukan mudah untuk mendapat sokongan perwakilan luar Kelantan, malahan di Kelantan juga beliau tidak solid seperti mana juga sokongan untuk Husam.
Sebab itu dalam maslahat politik PAS Kelantan apa yang lebih baik Husam memberi sokongan kepada Nik Amar untuk jawatan naib presiden, sementara Nik Amar pula memberi sokongan kepada Husam untuk jawatan timbalan presiden. Kedua mereka harus melihat potensi dan risiko PAS Kelantan pada pilihan raya ke-14 kelak. Tidak dapat dinafikan mereka berdualah yang akan menjadi nahkoda kepadas PAS Kelantan. Kewujudan Ahmad Yaakub kini tidak lebih dari menjadi tuan atau saudagar kapal sahaja.
Namun apa yang diharapkan ini adalah imiginasi dan ilusi orang-orang luar diluar PAS yang sayang dan seronok melihat PAS, tetapi tidak dari kalangan pemain PAS sendiri. Formula kecil yang disebut itu tidak akan diterima sama sekali, apa lagi prinsip politik orang Kelantan itu sendiri kalau bergaduh biar sampai menjadi arang kalaupun tidak sampai menjadi debu.
Satu perkara lagi jika salah seorang dari Tuan Ibrahim atau Nik Amar yang mencabar Mohamad Sabu pemerhati akan melihat ada berlaku kepuakan di dalam PAS. Melainkan mereka bertanding dan Husam juga turut bertanding. Dengan berlakunya pertandingan ke empat-empat calon itulah baru demokratik dalam konteks ini boleh dianggap sebagai syura.
Sebaik-baik untuk mengelakkan persepsi demikian elok kalau dilepaskan Husam yang mencabar Mohamad Sabu? Biarlah mereka bertarung menunjukkan kekuatan masing. Kalah menang mereka tidak akan cuba menidak ada mana-mana puak mensabotaj di antara mereka kerana sudah pasti penyokong teras Tuan Ibrahim sekitar 30% dalam PAS dan penyokong teras Nik Amar sekitar 10% akan membuat pilihan terbuka.
Atau pun semolek-molek lagi kalau PAS ingin lendik dianggap berjurus jawatan timbalan presiden biarkan dipegang oleh Mohamad Sabu. Jangan ada sesiapa mencabarnya baik oleh Husam atau calon kompromi antara Tuan Ibrahim dan Nik Amar. Jika ini menjadi kenyataan maka PAS pun akan menyerupai UMNO di mana presiden dan timbalan presiden tidak dipertadingkan, dan perebutan hanya berlaku di jawatan naib presiden sahaja.
Namun gensi orang-orang PAS tidak akan sedia menerima pandangan ini kerana PAS ingin membuktikan di dalam partinya ada demokrasi yang demokratik dan mahu membuktikan pertandingan tidak akan membawa perpecahan walaupun jaminan itu tidak menjadi realiti. Apa yang pernah berlaku terhadap bekas timbalan presiden sebelum ini mengiyakan perkara ini.
* Tulisan ini pertama kali tersiar di blog Merah Tinta MSO di http://msomelayu.blogspot.com
* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Mohd Sayuti Omar
Wed Nov 06 2013
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Hanya Agong boleh beri 'cuti' kepada Najib, kata veteran UMNO
Hanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah boleh memberi cuti dan 'merehatkan' Perdana Menteri daripada jawatannya atas apa juga alasan yang diberikan.
Agong tidak ada kuasa untuk pecat Najib - Mohammad Agus
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak mempunyai kuasa untuk memecat Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan perdana menteri kecuali mendapat undi tidak percaya ahli Dewan.
Undian online, Pemilihan Pas: Siapa pilihan anda?
Beberapa nama disebut-sebut sedang mengintai peluang untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu.