Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelar individu yang mempersoalkan kesetiaannya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggelar mereka sebagai 'budak-budak kecil' yang tidak memahami perjuangan reformasi sebenar.
Timbalan Presiden PKR itu berkata selama ini beliau hanya bersabar dan mengambil pendirian untuk tidak 'menyerang' semula individu terbabit meskipun tindakannya itu dipersoalkan.
"Ada budak budak kecil dua, tiga kerat nak persoalkan kesetiaan saya, saya sabar... saya tidakpun serang mana-mana individu sehingga orang kata Azmin kamu terlalu diam.
"... tetapi pepatah Melayu menyatakan diam-diam ubi berisi, jangan jadi seperti tin kosong, riuh satu kampung tidak ada isi pun," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Keadilan Perdana Selangor 2018 di sini, pada Ahad.
Menurut Mohamed Azmin, 'budak-budak kecil' itu juga masih 'mentah' dalam perjuangan reformasi tidak seperti beliau dan pemimpin lain yang terpaksa menempuh pelbagai pengalaman pahit dan getir sebelum ini.
"Bila bercakap soal reformasi tahun 1998, 1999, 2000 saya dipukul, dihina. Ketika PKR masih baru di Sarawak, saya beli penyapu, kopak pintu kedai dan cuci lantai nak siapkan bilik gerakan demi nak bina PKR di Sarawak. Mana 'budak-budak kecil' masa itu? 1998 dia pun tidak ada lagi, yang ada pun lari ke Australia, ke Jakarta (Indonesia) dan orang ini sekarang nak bercakap soal reformasi.
"Saya bukan marah tapi dalam keghairahan berkempen serahkan fakta kebenaran jangan maki hamun, jangan fitnah. Ya, saya ada kelemahan, boleh tegur... mari kita bekerjasama perkukuh parti. Reformasi bukan milik 'Sdn Bhd', reformasi adalah milik rakyat, 10 tahun kita berjuang dan saksikan beberapa kemenangan daripada dua negeri sekarang dapat Putrajaya, jadi buat kerjalah," katanya.
Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menyeru semua pihak supaya tidak memecahkan perpaduan yang cukup utuh dalam PKR.
Beliau yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR tahun ini juga percaya anggota parti akan memilih pemimpin yang telah diuji dan teruji dalam usaha memperkukuhkan lagi parti berbanding sebelum ini.
"Dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya lama dengan beliau, 14 tahun bermula di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan sehingga ke Jabatan Perdana Menteri, saya yakin gabungan ini akan dapat angkat martabat anggota PKR dan memperkukuh kerajaan," katanya.
Pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung dari 14 Sept hingga 13 Okt depan, menyaksikan Mohamed Azmin bakal dicabar naib-presiden parti Rafizi Ramli sementara Anwar menang tanpa bertanding kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 02 2018
Menurut Mohamed Azmin, 'budak-budak kecil' itu juga masih 'mentah' dalam perjuangan reformasi tidak seperti beliau dan pemimpin lain. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).