Benar kata orang penantian itu satu penyiksaan. Lebih-lebih lagi dalam satu perhubungan cinta "benci tapi sayang" antara kita dengan ungkapan "bubar"

Sejak akhir-akhir ini, soalan paling “overrated” yang kedengaran baik di bilik berita, kedai kopi mahu pun di meja makan bersama keluarga adalah “Bila bubar?”

Saya sendiri dihujani pelbagai pertanyaan yang sama. Sesungguhnya ia meresahkan, tidak kurang juga merimaskan.

Tidak keterlaluan, jika saya katakan persoalan "bila bubar" ini sudah menjadi bahan jenaka dalam perbualan seharian, lebih-lebih lagi secara terbuka di media sosial.

Semalam, pengguna media sosial Twitter di Twitterjaya memulakan satu hashtag #tukarnamafilemdenganbubar. Mungkin itu cara untuk Generasi Y meredakan keresahan mereka yang sudah menanti terlalu lama.

Berikut antaranya:


Saya kira rata-rata pengguna media sosial itu sudah tidak sabar lagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Mungkin juga kali pertama buat mereka, mungkin juga sudah beberapa kali (seperti saya) atau pun mungkin juga mereka hanya sekadar “sembang deraih” di laman sosial.

Yang pasti, ada di kalangan kita yang merancang untuk melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada #tukarnamafilemdenganbubar di laman sosial pada Isnin, 1 April ini.

Siapa tahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri juga menantikan “April Fools Day” itu untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.

Kita sama-sama nantikan siapa troll siapa pada 1 April ini.