Kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang merupakan amanat utama Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umnno 2012.
Dalam Taklimat Presiden sempena perhimpunan agung ke-66 itu, Najib mengingatkan perwakilan supaya bekerja keras dan lebih agresif dalam memenangi sokongan rakyat.
Aspek kesatuan turut diberi penekanan untuk memastikan parti terus mantap dan berjaya pada pilihan raya umum nanti.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Perdana Menteri menekankan supaya kesiapsiagaan parti terus kekal dan mantap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya Najib menasihati semua yang hadir supaya bersatu dan tampil sebagai satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan demi keutuhan parti.
"Semua anggota serta perwakilan perlu faham dan sedar peranan masing-masing dan tidak terhenti di situ sahaja. Perlu ada kesinambungan dalam perjuangan demi mengangkat martabat bangsa dan negara kerana menang atau kalah parti bergantung kepada semangat satu padu semua kaum dalam parti," katanya.
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Presiden Umno dalam amanatnya mengingatkan perwakilan bahawa perhimpunan Umno pada kali ini bukan satu perhimpunan biasa.
"Ia akan menentukan masa depan bukan sahaja ahli di dalam dewan (Dewan Rakyat) tetapi bangsa, rakyat Malaysia sendiri dan agama kita yang merupakan tunjang dan asas kepada perjuangan parti kita," katanya.
Beliau berkata Presiden turut mengingatkan perwakilan untuk berhimpun dengan niat dan kesungguhan yang senada dan bersatu padu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin pula berkata Najib menyeru anggota Umno bertindak agresif mendekati rakyat bagi menanam keyakinan bahawa visi serta halatuju Umno lebih baik daripada pembangkang.
Khairy berkata seruan itu dilaungkan bagi memastikan parti keramat orang Melayu itu mampu mempertahankan kemenangan yang dikecapi pada pilihan raya umum (PRU) sebelumnya.
Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Najib mengingatkan semua sayap parti agar bersatu sebagai satu ikatan dengan semangat untuk menang dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Rosnah berkata kesepaduan dan kesepakatan itu boleh ditunjukkan dengan menyokong penuh sesiapa sahaja yang terpilih untuk menjadi calon pilihan raya.
"Anggota Umno perlu sentiasa bersiap sedia, sama ada yang muda ataupun yang tidak terpilih sebagai calon untuk memberi komitmen dan menunjukkan kesetiaan bagi memenangi pilihan raya dengan cemerlang," katanya.
Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Najib mengingatkan anggota parti untuk terus bekerja kuat dan memberi khidmat kepada rakyat.
Anggota MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata Presiden Umno mengingatkan semua perwakilan supaya lebih agresif dalam menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang demi memastikan Umno mencapai kejayaan cemerlang.
Ke arah itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata semua anggota parti perlu mengenal pasti seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada serta menyokong apa juga keputusan presiden.
"Yang penting kita kena bersatu, jangan ada sabotaj dan apa jua keputusan yang dibuat oleh presiden perlu dipersetujui... calon yang dipilih hendaklah disokong habis-habisan," katanya.
Seorang lagi anggota MT, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata semasa taklimatnya, Najib bertindak sebagai seorang kapten dan sangat berterus-terang dalam memastikan matlamat dan mesej yang ingin disampaikan kepada pewakilan tercapai.
"Kejayaan dalam pilihan raya itu adalah sesuatu yang boleh dicapai tetapi syaratnya Umno mesti teguh dan kukuh," katanya dan menambah Najib juga mahu perwakilan menunjukkan bahawa parti itu sudah berubah selaras dengan tuntutan semasa dan kehendak rakyat.
Sementara itu, anggota MT Tan Sri Rafidah Aziz berkata anggota Umno mesti bersatu sebagai sebuah pasukan untuk memenangi pilihan raya dan menguasai semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.
Katanya jika Umno dan BN menang dua per tiga kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan yang kuat, Malaysia juga akan mempunyai kedudukan yang kukuh di persada antarabangsa.
"Sekarang ini kita dalam era yang global, bukannya persoalan diri nak jadi calon, persoalan siapa calon kita nak pilih, tapi soal parti yang kita perlu menangkan kerana agenda rakyat yang kita nak laksanakan," katanya.
Seorang lagi anggota MT, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata anggota parti perlu menekankan aspek perpaduan dalam usaha untuk memenangi pilihan raya nanti.
"Kita jangan lupa pentingnya sokongan kaum-kaum lain untuk BN menang. Sekarang kaum Cina sudah mula memberi sokongan kepada kita," katanya.
Beliau turut mengharapkan anggota Umno dapat menjalankan tanggungjawab bukan untuk kepentingan individu sebaliknya demi kemakmuran negara.
Bernama
Tue Nov 27 2012
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.