KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil hari ini mengingatkan ahli Bersatu dan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak 'bermuka-muka' berhubung siasatan terhadap perbelanjaan 'mewah' parti itu semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata sesiapa sahaja bebas untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka mengesyaki mana-mana parti politik terbabit dalam penyelewengan.
"Mungkin ini peringatan kepada mereka (ahli Bersatu) bahawa mereka perlu mengingatkan kepada presiden parti mereka apa itu adil...jika adil pada masa dulu, perlu juga dianggap adil sekarang," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina kawasan Parlimen Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa, di sini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian sebagai mengulas laporan polis dibuat Ketua Bahagian Bersatu Puchong Mohd Shukor Mustaffa yang mendakwa PH dan Barisan Nasional (BN) telah berbelanja 'mewah' semasa kempen PRU15.
Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menafikan terdapat perbincangan dengan Pejuang berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
"Fokus PH buat waktu ini untuk mengukuhkan Kerajaan Perpaduan, di situ kita lihat ada beberapa prinsip dan perkara yang menjadi keutamaan.
"PH pada waktu ini setahu saya belum ada apa-apa perbincangan tentang ini (dengan Pejuang), isu pergolakan mana-mana parti adalah isu dalaman parti tersebut, kita tidak mahu masuk campur," katanya ketika mengulas mengenai konflik dalaman Pejuang.
Bulan lepas, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kerjasama politik dengan PH atau Perikatan Nasional (PN) antara perkara yang dibincangkan semasa Perhimpunan Agung parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Fahmi berkata, sesiapa sahaja bebas untuk membuat laporan kepada SPRM jika mengesyaki mana-mana parti politik terbabit dalam penyelewengan. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen minggu depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.
PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Digital Nasional Bhd (DNB) perlu kemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selewatnya minggu depan.