KOTA SAMARAHAN: Beberapa kawasan di Sibu, Mukah, Sri Aman dan kawasan terpencil di Kuching dikenal pasti sebagai kawasan panas bagi kebakaran hutan dan tanah gambut yang dijangka berlaku akibat kepanasan melampau susulan peralihan monsun barat daya bermula Mei hingga Oktober ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata setakat ini, jumlah tenaga kerja di Sarawak bagi mendepani kebakaran akibat cuaca panas dan kekeringan serta kemarau itu adalah mencukupi.
"Di Sarawak ini kita kenal pasti beberapa hotspot seperti di Sibu, Mukah, Sri Aman dan beberapa tempat yang terpencil di Kuching jadi kita telah menyediakan barisan hadapan dengan kelengkapan aset, salah satunya peralatan pemadaman pembakaran hutan dan tanah gambut.
"Anggota sedia ada kita guna, tapi sekiranya ada keperluan yang mendesak, kita akan buat perancangan untuk hantar bantuan dari negeri terdekat iaitu Sabah dan Labuan atau Semenanjung, sekiranya perlu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Peralihan Monsun Barat Daya hari ini.
Turut hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Datuk Khirudin Drahman.
Mohammad Hamdan berkata bermula Mei hingga September ini, Malaysia dijangka menghadapi musim kemarau dan kering yang membawa kepada krisis air serta kebakaran sehingga menyumbang kepada bencana jerebu serta kebakaran hutan, belukar, tempat pelupusan sampah, tanah gambut.
Berdasarkan statistik JBPM Sarawak, seramai 1,344 anggotanya dikerahkan di tujuh zon negeri iaitu 287 di Kuching, 127 di Bintulu, Miri (186), Sibu (389), Sri Aman (113), Samarahan (178) dan Limbang (64) sebagai kesiapsiagaan cuaca panas dan kering serta kemarau.
Mengulas mengenai persediaan aset, Mohammad Hamdan berkata persiapan 90 peratus telah tercapai terutamanya bagi alat pemadaman kebakaran hutan dan kebakaran tanah gambut.
Beliau turut berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan di peringkat negeri memandangkan kerajaan negeri turut membantu dari segi penguatkuasaan dengan memantau kawasan berpotensi untuk berlakunya kebakaran menggunakan teknologi dron.
"Saya difahamkan Kerajaan Sarawak turut membantu dari segi penguatkuasaan menggunakan dron siang dan malam (Infrared) untuk mengesan apa-apa kebakaran pembakaran terbuka dilakukan oleh individu.
"Kita juga sering melakukan advokasi kepada masyarakat tempatan supaya mengelakkan kebakaran terbuka dan sekiranya perlu dilakukan mereka harus mendapat kebenaran daripada agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid menunjukkan Jentera Pengepam air berkuasa Mark 3 pada Majlis Kesiapsiagaan Bagi Menghadapi Peralihan Monsun Barat Daya di Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan hari ini. - Foto BERNAMA
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Kebakaran hutan di Pahang semakin pulih
Kebakaran hutan berskala besar yang melibatkan tiga lokasi di negeri Pahang sejak akhir Mac semakin pulih.
30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar
Setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar.
Kebakaran hutan di Bukit Broga berjaya dikawal sepenuhnya
Api berjaya dipadam sepenuhnya oleh pihak bomba pada jam 2.30 pagi dan operasi dihentikan pada jam 3.30 pagi tadi.
Indonesia sedang siap sedia untuk laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan
Langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.
Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.
Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah
Cuaca panas melampau dan kemarau, selain pembakaran hutan secara sengaja untuk pembersihan kebun serta membuka kawasan baharu antara punca utama peningkatan kebakaran di Sabah bulan ini.
Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Ibu dukung anak OKU elak rentung
Kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi ketika Asmiza Mustapha, 48, melakukan persiapan untuk membuka operasi menjual nasi berlauk bersama suaminya, Mohamad Jaafar, 53.