KUALA LUMPUR: Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN), Mohamad Sahfri Ab Aziz hari ini menjelaskan bahawa terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

"Merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi Barisan Nasional bertarikh 4 Mac 2021, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar (ada) sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan atas kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat Barisan Nasional.

"Sehubungan dengan itu, saya telah mewujudkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman pada pagi ini (Jumaat) bagi membincangkan penyiaran kenyataan media Pengerusi Barisan Nasional yang tidak mendapat kelulusan pihak Sekretariat Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu yang kurang tepat sebagaimana yang telah diperbincang dan diputuskan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN," jelasnya.

Justeru, setelah mendengar pandangan Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Ketua Pegawai Media Barisan Nasional jelasnya telah digantung tugas bagi tempoh satu bulan berkuatkuasa serta merta.

"Ini bagi membolehkan proses siasatan dalaman dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan lebih berkesan," jelasnya lagi.

Politik | BN syor Sidang Parlimen disegerakan


Semalam, Pengerusi BN itu dalam kenyataan media antara lain menjelaskan BN mengesyorkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar sidang Parlimen dilaksanakan dalam kadar segera.

Jelasnya, Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang.

BACA: BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong