KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang disahkan tidak boleh divaksin kerana faktor-faktor perubatan termasuk alahan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, permohonan tersebut boleh dibuat di aplikasi MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan dengan mengemukakan 'Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 bagi Pesakit dengan Masalah Kesihatan Tertentu'.
Jika permohonan lengkap dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan, sijil pengecualian akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu, jelas beliau.
"Pakar perubatan akan menasihati jenis vaksin yang lain yang bersesuaian dan perkara ini ada dalam Garis Panduan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM). Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan.
"Sekiranya individu itu disahkan tidak boleh mengambil vaksin atasu sebab-sebab perubatan, individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan. Ini kerana individu tersebut lebih berisiko untuk dijangkiti COVID-19," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Khairy (BN-Rembau) berkata demikian menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang minta Menteri Kesihatan menyatakan alternatif yang tersedia buat individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor-faktor berkaitan kemudaratan kesihatan; dan pewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan tersebut untuk tujuan pergerakan fizikal.
Mengulas lanjut, Khairy berkata pengesahan pengecualian divaksin perlu disahkan oleh pakar-pakar berdaftar yang merawat individu terbabit.
"Pertama pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu atau pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan yang berpakar, atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan," katanya.
Menjawab soalan tambahan berhubung kehilangan kad vaksinasi bagi individu yang tidak memiliki peranti digital, Khairy berkata, individu terbabit boleh memaklumkan kehilangan kad berkenaan kepada PKD terdekat.
Katanya, prosedur tertentu akan diteliti untuk mengeluarkan semula kad vaksinasi tersebut.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 04 2021
Jika permohonan lengkap dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan, sijil pengecualian akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu, jelas Khairy. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.