Buzz… buzz… buzz... getaran telefon bimbit Raden berputar hampir 90 darjah. Berkelipkelip lampu dari skrin telefon tatkala Raden asyik menikmati juadah sahur. “Potong mood aku nak sahur aje!” Ngomel Raden tatkala suapan nasi berlaukkan ikan sepat masin, pajeri nanas dan sambal belacan terhenti tatkala scroll up and down membaca kiriman WhatsApp.
selfie-photo-(1).jpg
Dewi, kakak sulung Raden segera bertanya, “Siapa pula yang main WhatsApp pepagi buta ni Raden?” Soalnya kala melihat dahi Raden berkerut. “Kena siapkan artikel cepat sebab dia orang nak cuti raya,” jawab Raden acuh tak acuh. “Tak boleh tidur lepas Subuh kalau macam ni. Nak submit artikel punya pasal, tak mengapalah aku korbankan waktu tidurku,” Raden berkata-kata dalam hati. Usai menyegarkan diri dan solat, Apple Mac Pro Raden buka untuk menyiapkan tugasan.

Mungkin dek kerana masih awal, idea masih belum warm up, masih tercari-cari topik sesuai untuk Raden kongsi. Lantas Raden mengambil telefon bimbit. Instagram dibuka dan Raden imbas sekali lalu setiap post. Ada post yang cute, memberi inspirasi dan tak kurang juga ada yang bikin Raden rasa annoying. Lantas Raden terpanggil untuk berkongsi perihal ini. Teringat Raden mengenai pertemuan yang diatur antara geng ‘KaMi’ sebelum Ramadan lalu. Lima sahabat Raden yakni Nisha, Zura, Ayu, Eliani dan Ina; Raden kenali sejak bersekolah menengah. Usai Raden melabuhkan punggung di kerusi, Nisha beria-ia menyuruh kami semua duduk rapat. “Jom-jom kita selfie dulu,” gesanya sambil tangan sedia memegang Samsung Tab.

Zura pula mencelah, “Tudung aku okey tak, tak pakai inner tudung rasa tak confident nak pose,” katanya diikuti hilai tawa kami semua. “Kalau ya pun nak bergambar, tunggulah kita order makan dulu,” giliran Ina bersuara. Terdiam kami seketika tetapi desakan selfie Nisha dan Zura disempurnakan jua. Selepas memesan makanan dan minuman, masingmasing sibuk menatap skrin telefon bimbit. “Baik tak payah buat gathering kalau semua dok belek telefon.” Raden melontarkan komen disambut dengan riak wajah serba salah mereka. “Sorrylah Raden. Aku nak tengok followers aku naik ke tak lepas selfie dengan Neelofa masa beli Bokitta Hijab semalam,”
11661444955_7b4e492ae8.jpg
jawab Nisha membela diri. “Aku lagi penting daripada followers kau Sha. Nak jumpa aku pun perlu set date kan? So…” Raden sengaja relakslah. Macam tak faham aje ‘hashtag Nisha celeb wannabe ni’. Aku lainlah, tak perlu nak follow-follow ni. Setakat Facebook pun dah cukup,” giliran Eliani meluahkan pendapatnya. Saat pelayan meletakkan hidangan, giliran Zura pula terkocoh-kocoh mengambil gambar. Dalam pada sibuk edit foto makanan dengan aplikasi camera360, sempat lagi Zura membidas statement Eliani,

“Zaman sekarang ini Facebook tak berapa in Yani. Bersepah dengan gosip, berita yang entah betul ke tak. Buka akaun Instagram lagi bagus.” Masih lagi tidak menjamah makanan yang terhidang di hadapannya, Zura meneruskan tugas wartawan digital untuk upload foto tadi. “Brunch date with besties. This is mine, the rest coming soon! Omnom nom! Yummeh! #quality time #highschoolsweetheart #instafood. Post.” Tutur Zura sambil menaip dan membaca caption nukilannya. “Bagus betul Zura, tak perlu susah-susah aku nak tengok phone sebab kau dah baca caption tu. Lepas makan nanti aku repost dan like ya,”

Ayu pula mencelah. Raden perhatikan sahaja gerak geri mereka. Tiga orang sibuk upload gambar. Hanya Raden, Ina dan Eliani menikmati makanan kami sambil bertukar pinggan merasa hidangan masing-masing. “Tak payah try so hard sangat Sha nak selfie dengan artis semata-mata nak naikkan followers kau tu. Tunggu nanti kau dah kahwin, dapat anak cute macam Opi tu sah-sah satu Malaya follow kau,” giliran Raden melontarkan pandangan. Melopong wajah Nisha seraya berkata, “Kau perli aku ya Raden. Jahat sungguh!” Rajuknya. Kami semua maklum Nisha dan Zura mengagumi selain turut sama follow Instagram milik viral girl Atita Haris, antara orang biasa yang punya jumlah follower 302,289. “Memang tak boleh nak beat Raden. Foto Opi pakai tudung mak dia pun sampai 40.8k likes. Caption sempoi aje ‘Opista’. Makan hati aku, upload gambar Jannah tak sampai 10 likes pun,” nada Zura seakan kecewa dan kami tertawa dengan jenaka selambanya itu. Selesai makan dan minum, kami duduk berborak panjang. Tak lengkap pertemuan kami tanpa masing-masing memesan secawan kopi dan ais krim sebagai penutup hidangan. Tiba-tiba Eliani bersuara, “Sha, kau tak nak snap picture kopi pula ke?” Soalnya dalam erti kata lain memerli Nisha yang kami angkat sebagai ‘sawan gambar’. Dengan mimic muka bersahaja Nisha menjawab, “Bateri tinggal 20%. Power bank dalam kereta malas nak ambil,” jelasnya.

Dalam galak berborak, Raden teringat untuk berkongsi mengenai penangan follow dan upload gambar bersama isteri orang seperti yang diceritakan Dewi, kakak Raden. “Uols, kalau nak follow dan upload picture careful okey. Jangan sampai kena serang sudah,” bicara Raden membuka cerita dan berjaya meraih tumpuan mereka untuk pasang telinga. “Kes ini berlaku di pejabat kakak aku. Staf lelaki dia kantoi sebab main kayu tiga di Instagram, Line dan Wechat. Ambik kau, semua social network dia pulun,” jelas Raden lagi. Dek kerana nafsu Kak Nam yang meluap-luap mereka semua sibuk bertanya.

Bermula dengan Zura, “Macam mana boleh kantoi Raden?” Soalnya inginkan kepastian. “Si suami, Zaini namanya. Miang tak ingat mamat ni. Dah kahwin tapi profile IG – single men hoping to get married one fine day,” tutur Raden dan belum sempat menghabiskan cerita Nisha memintas, “Alah status single tu dah biasa bagi lelaki yang berkahwin kat social media sarung kasut Stuart Weitzman. Tapi kalau dah berlambak picture posing dengan luxury brand, boleh buat orang menyampah kot. Tak sukalah aku dengan orang-orang yang suka menunjuk ini,” luahnya seakan melepas geram. Ina pula menambah, “Lagi satu perkara aku tak suka, sikit-sikit nak upload. Kejap-kejap nak selfie. Macam nak tunjuk satu dunia apa yang dia buat. Tiada privasi langsung, tak eksklusif gitu,” berjela hujahnya seperti ibu yang leterkan anak kecil.
Begitulah penangan medium rangkaian sosial. Individu biasa boleh popular dan viral seperti selebriti layaknya walaupun hanya di alam maya. Berbekalkan foto cantik (sama ada edit atau tidak) sesiapa juga boleh membina nama.

Lebih menarik ada segelintir daripada pengguna Instagram dan medium sosial yang lain memanfaatkan laman ini sebagai lubuk menambah pendapatan. Pesan Raden, jadilah diri sendiri walaupun di mana jua kalian berada. Baik di alam maya atau di alam realiti, bersederhana dan merendah diri itu dituntut agar kita tidak lupa diri. Biar apa jua niat kalian menggunakan medium ini, usahlah ‘membuka’ ruang sewenang-wenangnya sehingga orang di luar sana mengetahui setiap inci kehidupan anda. Tidak perlu menunjuk seantero dunia kerana apabila kita kembali menghadap-Nya bukan bilangan followers yang menjadi penentu, betapa viralnya kita hatta apa jua status yang kalian upload di Facebook, tetapi buku amalan yang dicatat malaikat Raqib dan Atid penentu segala. Renung-renungkanlah semua.